Suka Pada Orang Yang Dah Berpunya

By | 21/05/2013

Fuhhh …..
dalam banyak-banyak entry yang pernah saya tulis rasanya entry inilah yang paling payah saya nak hadam sebab ambik masa selama 40 hari 40 malam baru boleh hadam … okey saya tipu je …. heheheh jahat kan saya ……

Walaupun saya ambik masa 40 hari dan 40 malam baru boleh hadam entry yang saya nak tulis nie tapi saya tak kira saya nak jugak tulis entry nieh …. suka hati saya lah kan papan kekunci saya jadi bagi lah saya tulis …. kihkihkihkih

Memang saya sangat tak faham baik lelaki atau perempuan kenapa mereka suka pada seseorang yang dah berpunya? apa agaknya yang mereka ni nampak pada seseorang yang sudah berpunya?

Kata kawan saya hari tu dia borak-borak dengan kawan dia, waktu tu kawan dia tu ada masalah dengan tunang dia.. tahu tak apa kawan dia tuh kata “kenapa kita tak kenal lebih awal kalau kita kenal lebih awal kan bagus” kawan saya tu kata yang kawan dia tu tahu yang kawan saya ni dah pun berpunya tapi dia agak tergamam lah jugak sebab kawan dia tu kata macam tu.

kawan saya yang lain pernah bagi tahu ada seseorang nie pernah kata pada dia “aku tengok kau dengan pasangan kau tak macam orang lain boleh gurau senda dah macam kawan-kawan, aku bukan apa secara tak sengaja aku tersuka dekat pasangan kau pun ada jugak”

Paling drastik orang yang selama ini di anggap kawan malah selalu berkongsi kisah suka dan duka rupanya kawan yang sanggup menikam kawan sendiri dari belakang dengan berkasih sayang dengan pasang kawannya dalam diam.. paling drastik mereka sebenarnya dah pun bertunang ….

Saya ni selalu je cerita pasal kisah orang lain dan bilanya nak cerita pasal pengalam sendiri kan… kejap nak ingat balik pernah tak saya lalui keadaan macam tu?

Sebenarnya pernah lah jugak kan saya tersuka dengan seseorang yang dah pun berpunya pada waktu tu tapi saya tak lah sekejam yang di sangka nak merampas hak orang lain… tapi orang tu mungkin dapat baca apa yang saya fikirkan jadinya pasangan dia yang juga merangkap kawan saya bawa pasangan dia sejauh yang boleh dari saya .. kihkihkih tapi kan kalau dah memang dah tertulis saya dengan orang yang saya suka tu akan bertemu kembali pasti akan bertemu kembali… lepas setahun ( lepas kawan saya tu putus dengan pasangan dia ) saya bertemu balik dengan orang yang saya suka tu di alam maya dan membawanya ke alam realiti…

tapi tu lah kalau mulut tong sampah boleh lah tutup tapi mulut manusia mana boleh tutup.. sebab tak dapat nak terima kenyataan makanya kawan saya ni jajaj cerita ke serata alam maya yang saya merampas hak dia… tak apa lah kawan kita sama-sama tahu pekara yang sebenar belaku…

Sebenarnya kita mana boleh halang perasaan orang lain nak suka pada sesiapa tapi biarlah kita ianya berpada-pada jangan sampai kita kehilangan kawan di sebabkan apa yang kita mahukan itu. dan dalam masa yang sama kita merampas bahagia dan gembira orang lain. bukan ke hidup kita nie ibarat roda yang sentiasa berputar di paksinya.. mungkin hari ini kita tersuka dengan pasangan orang lain tapi esok-esok ada orang lain yang tersuka dengan pasangan kita, senang cerita itu adalah “karma”

pada mereka-mereka yang suka sangat tersuka dengan pasangan orang lain beringatlah kadang-kadang apa yang di lihat oleh mata kita tak akan sama bila kita dapat memilikinya.. kadang-kadang benda yang indah-indah di mata kita belum tentu indah di hati kita..

Sebaik-baiknya jaga apa yang di miliki agar ianya tidak terlepas dari tangan kita hanya kerana kita mengejar sesuatu yang belum tentu jadi milik kita sepenuhnya…….

Nota : bom jangka memang susah nak jangka bila bom tu akan meletup jadi kalau tak mahu bom tu meletup pada kita lebih baik kita jauhkan diri dari bom tu supaya kita selamat tanpa sebarang kecederaan …

 

8 thoughts on “Suka Pada Orang Yang Dah Berpunya

  1. Nur hidayati syukrina

    Saya suka lelaki ini tapi dia sudah berpunya tapi dia tengok saya lagi apa sebab tu

    Reply
  2. Lisa

    Baru baru ni saya tersuka pada orang yg dah berpunya. Sebab dia ada masa saya susah Dan sama juga saya ada masa dia susah. Saya diberitahu bahwa pasangannya dah berubah sebelum saya bertemu dngan dia. Tapi tu la saya keliru sebab saya ni bukan siapa siapa tapi dia buat saya sebagai priority dia instead of pasanganya. Macam mana ye?

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      saya nak kata pun tak berapa pandai .. tapi kalau orang tu adalah suami orang baik jauhkan saja diri dari dia. suka macam mana pun kita pada orang tu dan orang tu suka kita .. dia akan susah nak move one step hubungan dengan kita. tapi kalau org tu adalah belum berkahwin tanya saja dia siapa lagi dia sayang dn perlukan kalau org tu tunjukkan kesungguhan untuk halal kan hubungan tu terus kan saja ..

      Reply
  3. nuraida

    saya suka dia , dia pon suka saya tapi dia dah ada pasangan . macammana ye ?

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      lagi baik pergi saja dari sakitkan hati sendiri. untuk apa tunggu org yg sudah berpunya.

      Reply
  4. aireena nurain

    macam mnaa pulak kalau kita suka kat dia tpi dia belum kahwin dia dengan gf still together tpi dia berjauhan tpi dia still nak kawan dengan saya still nk cakap phone text saya?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.