Sim Card Phone Sebenarnya Tidak Sama

By | 15/05/2013

Sepanjang hari saya berurusan dengan orang dari digi hanya kerana 2 sim card tidak boleh digunakan… mungkin cip nya telah rosak atau berlaku kesilapan teknikal yang tidak di jangkakan…. tapi dapat di selesaikan dengan jayanya walaupun mengambil masa yang lama hingga buatkan staff dari KK membuat aduan ke pihak atasan …. 

masa berurusan dengan staff dari digi baru saya tahu untuk pengguna 016 memberlukan sim card yang hujung nya (29) manakala pengguna 013 hujungnya adalah ( 79 ) 

mungkin semasa memberikan number siri untuk di aktifkan saya telah tersalah memberikan number siri yang sepatutnya … yer lah kan mana pernah tahu benda-benda macam ini jadi ini adalah ilmu baru yang saya belajar untuk hari ini….

Macam mana nak tengok ? cuba korang tengok number siri di sim card korang ada tak kod yang berada dalam kurungan”( )” apa numbernya …. 

biasanya kalau korang tanya pada center mungkin mereka tidak akan memberikan jawapan seperti yang korang mahukan kalau korang kata mahu buat replace card korang yang rosak .. sebab mereka akan terus aktifkan dan akan hantar pada korang terus..

kadang-kadang pening jugak melihat angka-angka nieh sebab hampir 50 number berada di bawah jagaan saya … saya tak tahu lah kalau saya tiada di situ siapa yang akan gantikan tempat saya untuk buat kerja-kerja tuh …. heheheheheh ….

kalau number yang dalam kurungan tu 89 mungkin itu adalah sim card bagi mereka yang gunakan number 018 atau 01111 dan seangkatan dengan nya … yang tuh tak dapat nak di pastikan ….



Nota : kadang-kadang benda yang kita rasa mudah untuk di lakukan sebenarnya amat merumitkan tapi bila ianya berjaya di selesaikan kita akan tahu sesuatu yang baru …



update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.