Sekitar Luar Pejabat

By | 09/05/2013

Fuhh ….
tersangat lah sibuk sejak kebelakangan nie, bila dah tersangat sibuk dengan urusan rasmi ni mood pun jadi tak menentu dan sudah tentulah akan jadi tersangat penat .. dalam masa yang sama hanya fikir bila mahu cuti berehat.

jam 3 petang bos minta saya hantar maid dia pergi hospital buat pemeriksaan selanjutnya, hari sebelumnya dah pergi klinik panel tapi doktor sana keluarkan surat buat pemendahan.. 

call klinik yang berdekatan sebab dekat klinik tersebut ada buat pembedahan kecil .. sampai sana jam 3.30 petang kena tunggu 30 minit lagi sebab doktor tak ada … kemain ngantuk lagik tapi sabar je lah kan ……

jam 4.15 petang dapat jumpa doktor, nurse tu panggil masuk bilik nampak dia pegang jarum suntikan dan mahu masuk kan ubat bius … cam terkejut dengan tindakan nurse tu cepat-cepat saya tanya nurse tu “nak buat pembedahan sekarang ke” dia kata ye tunggu doktor dulu sedangkan nurse tu tak tahu pun sakitnya dekat mana.. doktor datang dan tengok-tengok keadaan pesakit tapi saya masih lagi tak puas hati …. then terus saya tarik nurse tu ke tepi jauh dari doktor-doktor tu sebab doktor-doktor tu adalah lelaki ….

cerita sikit dengan nurse tu supaya dia faham keadaan sebenar.. bila dah terangkan baru nurse tu faham apa masalah sebenarnya …. masalahnya ada sikit kaitan dengan “masalah perempuan” .. jadi doktor-doktor tu minta saya pergi hospital terus …..

call bos saya bagi tahu keadaan yang berlaku, then bos suruh saya bawak maid dia pergi hospital kerajaan seksyen 7 shah alam .. jadi terus call driver saya bagi tahu kena pergi hospital sekysen 7 shah alam ……

sampai hospital seksyen 7 terus pergi kaunter … dah daftar semua terus tunggu no giliran nasib lah tak lama … kalau tak mesti saya akan meroyan bagai ….

nasib dapat doktor perempuan dan cantik … tunjuk surat dari klinik panel .. doktor minta maid tu tunjuk tempat yang sepatut nya .. dia tanya dekat saya kenapa tak terus pergi hospital besar … jemmm dah otak saya … doktor tu keluarkan surat lagi sekali untuk bawak pergi jumpa doktor sakit puan dekat hospital klang ….

keluar dari hospital seksyen 7 terus call bos saya bagi tahu keadaan ketika iti then bos saya kata pergi je lah hospital klang sebab kesian dekat maid dia keadaan dah makin teruk …

Nasib baik lah jalan masuk klang tak jammed kejap je boleh sampai … sampai sana tanya dekat orang-orang situ mana bahagia sakit puan .. bila dah tahu tempat terus pergi …

tapi kan sampai sana nurse tu kata tempat tu dah tutup .. dalam masa yang sama terpaksa lah dengan dia bebel .. sabar je lah tapi dapat jugak buat appoiment tinggal tunggu dktor call untuk datang buat pemeriksaan …. 

selesai semua urusan terus balik pejabat, sampai pejabat dah pukul 7 malam … semua orang ada yang dah balik dan ada yang dah nak balik … siap kan kerja mana yang patut then terus balik rumah …. 


ini saja cerita untuk hari nie.. esok saya cerita apa sakit nya yer .. hiks ……


Nota : sometime kita tak tahu bila hari kita akan di timpa kesusahan mungkin orang yang tak kita jangka itu lah yang akan bantu kita.



update via phone mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.