PRU13 – Kehidupan Selepas Pilihan Raya

By | 06/05/2013

Salam kasih sayang …..
Fuhhh masih terasa kepanasan keputusan PRU13 ….. bila agak nya akan reda kepanasan tu ye ….?

Semua rakyat Malaysia dah tahu keputusan rasmi PRU13 siapa yang tak tahu tuh nampak sangat orang tu adalah warga negara Bangladesh …. Nepal … dan seangkatan dengan nya .. hehehehehe..

“orang yang hanya keluarkan duit hanya untuk bersuka ria tidak akan rasa kenaikan harga barang, berbeza dengan orang yang keluarkan duit untuk membeli keperluan untuk terus kan kehidupan”

Kemenangan “parti” tu sebenarnya akan lagi membebankan rakyat bukan nya menyenangkan hidup rakyat. saya pasti selepas ini PASTI harga barang akan meningkat dengan mendadak walaupun “Perdana Menteri” kata harga barang tidak akan di naikan ..

Bukan setakat harga barang yang akan naik mendadak tapi PASTI akan ada benda yang tidak MUNASABAH yang memaksa rakyat mengeluarkan “DUIT” lebih daripada biasa ….

“orang kaya akan terus kaya, orang miskin akan terus miskin”
itu adalah hakikatnya yang harus semua orang terima dalam keadaan sekarang… kalau orang susah terpaksa “kais pagi untuk makan petang dan kais petang untuk makan esok hari”

Sebabnya? kerajaan sendiri telah membelanjakan berbilion ringgit untuk benda-benda yang tak sepatutnya jadi untuk cover balik semua perbelanjaan yang telah di keluarkan.

“korang yang buat pinjaman PTPTN tu jangan lupa bayar balik pinjaman yang telah di buat okey” jangan hanya pentingkan diri sendiri sebab korang kena ingat generasi akan datang memerlukan pinjaman itu untuk menyambung pelajaran mereka sebab mereka juga seperti korang yang keluarga tak akan mampu untuk menampung kos pelajaran yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa … korang yang dapat pinjaman pelajaran tuh bukan nya buat apa pun LEBIH banyak bersuka ria dari menampung keperluan pelajaran korang …. jangan sampai korang di istiharkan muflis hanya kerana tidak membayar pinjaman pendidikan pulak …

Nampaknya “terpaksa” lah mengadap benda-benda yang tidak sepatutnya untuk 5 tahun lagi … pasrah je lah kan …..

sebenarnya kehidupan saya tidak akan ada yang berubah sekali pun walaupun mana-mana parti yang menang bertanding dalam PRU13 nieh … sebab suka atau tak kena jugak teruskan kehidupan walaupun berada dalam keadaan “terbeban” dengan semua benda yang harus mengeluarkan setiap sen dari poket sendiri.

Pada mereka-mereka yang terlalu fanatik dengan parti yang di pilih saya nak kata sekali pun ada statment-statment yang adakalanya tidak sepatutnya di keluarkan korang kena ingat walaupun korang bermati-matian pertahankan apa yang korang pilih “korang tetap tak akan dapat hak keistemewaan” apa-apa pun korang tetap akan berada di tempat korang sama macam sekarang tanpa apa-apa yang mengubah kehidupan korang….

Setiap perlakuan kita akan mencerminkan bagaimana didikan keluarga kita .. jadi jaga nama baik keluarga korang agar tidak tercemar dengan sikap korang yang terlalu “rakus” untuk dapatkan perhatian …

Rupanya susah jugak jadi pengundi atas pagar yang hampir nak “terbalik” nieh kan ….. macam-macam boleh di lihat dengan lebih jelas sebab berada di tempat “tinggi” ( atas pagar kan tinggi lah tu )

Nota : apa pun yang korang kata, apa pun yang korang percaya, apa pun yang korang lihat, apa pun yang akan berlaku, apa pun prangsangka semua itu sendiri yang tentukan … ini hanya luahan hati saya yang mahukan kehidupan lebih aman dan lebih baik dari sekarang …. ada yang kata orang yang malas saja tak akan dapat apa .. hurmmmm orang yang masih di tanggung keluar saja tak akan rasa apa-apa …..

update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.