Lawatan Dari Middle East

By | 30/05/2013

Fuhhh …
Cuaca panas betul hari nie, nasib baik ada tisu boleh lap peluh yang keluar.. hari yang sangat-sangat sibuk dengan macam-macam urusan pejabat.

Pagi-pagi sudah dapat pesanan dari bos saya, katanya hari nie ada lawatan dari luar.. saya yang jenis tak banyak tanya sangat terus siap-siap nak keluar pejabat uruskan apa yang patut …. sebelum saya keluar sempat bos saya sakat saya katanya nanti orang dari middle east datang boleh pilih mana yang berkenan …



Sesi penerangan bermula, macam-macam soalan di ajukan oleh mereka yang datang berkenaan warehouse… saya jadi tukang dengar duduk tepi pintu utama sambil tangkat gambar.. heheheheh

Susah betul nak faham apa yang mereka katakan, bukan tak faham bahasa english cuma dialeg mereka yang macam sikit pelik.. ye lah kan mana nak sama orang malaysia speaking dengan orang overseas speaking … 



Sesia lawatan bermula, tempat pertama yang mereka tuju adalah warehouse astro.. sebenarnya encoder astro nie di simpan di warehouse tempat saya kerja.. tapi ini hanya untuk sabah dan sarawak sahaja.. untuk semenanjung pun ada jugak tapi tempat simpanan nya warehouse lain lah …



Lawatan di teruskan dengan melawat warehouse utama di mana semua barang yang di hantar ke sabah sarawak di simpan … masa nie macam-macam soalan yang mereka ajukan.. 

ada satu soalan dari mereka ” makanan tak rosak ke simpan sini”
itu saya dah translate bahasa melayu .. kihkihkih tak pernah pulak rosak sebab bukannya barang basah..

sebenarnya kalau saya tak ada dalam sesi lawatan hari ini pun tak apa tapi bos saya yang minta saya sertai sesi lawatan nie sebabnya lagi ramai lagi selamat takut apa-apa yang tak di ingini berlaku …

Dalam sesi lawatan hari ini ada seorang bekas staff yang turut serta, heheheh dia pandang je saya tapi tak tegur pun.. 

sebenarnya mereka yang datang buat lawatan pada hari ini merupakan pemilik warehouse di tempat mereka tidak pun orang-orang atasan yang di hantar oleh bos mereka untuk ikut sesi lawatan hari nie..

apa pun sesi lawatan hari ini berakhir dengan jayanya… 
walaupun ada sedikit kekurangan tapi itu tak bermakna mereka tak mahu berkerja sama …


Nota : penat sangat jalan-jalan dalam kawasan warehouse


update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.