Buat Blog Sebab Blog BEAUTIFULNARA

By | 11/05/2013

Salam kasih sayang …..
Mungkin ada yang kata buat blog sangat mudah, ye memang saya tak nafikan buat blog memang senang lebih-lebih lagi sekarang ni dah banyak toturial yang di tulis untuk buat blog.

Beberapa hari lepas kawan pejabat saya tanya sama ada boleh atau tak saya ajar dia macam mana nak buat blog… saya pandang dia dan tanya blog untuk apa… bila dia kata “adalah” saya pandang dia tak kata apa-apa pun…. dalam masa yang sama cepat-cepat saya kata boleh je kalau dia nak belajar tapi kena datang shah alam lah kalau nak belajar.

Masa rehat dia bukak lappy dia nak mintak saya tunjuk macam mana nak… nama pun kawan kan saya pun tunjuk lah asas permulaan nak buat blog … tolong dia register kan akaun gmail dan blogspot …. tapi …….

Kawan : kenapa macam susah je, bukan senang je ke ?

Saya : senang je kalau tahu macam mana nak gunakan html tu … 

Kawan : bukan hanya masuk kan data je ke….

Saya : kena masuk kan data dekat kotak html tu …

Kawan : aku tengok blog beautifulnara tu simple je mesti senang nak buat macam tu.. blog ohbulan pun lebih kurang simple..

Aku : orang yang baca memang nampak simple tapi nak buatnya orang yang tak tahu memang tak akan tahu

Kawan : boleh tak buat kan macam blog beautifulnara tu … atau macam blog kau namiacinta 

Saya : blog aku pun kau tak pernah tahu macam mana kau nak suruh aku buat macam blog aku dan pandai-pandai kau je kata aku ada blog…

Kawan : aku agak je lah

Saya : apa sebab kau nak buat blog macam blog tu?

Kawan : kalau aku ada blog senang sikit blog beautifulnara tu nak balas komen dekat blog aku…

motif nak buat blog sebab tu je ker? orang macam ni pun ada jugak.. saya tahu lah kawan saya ni tiap-tiap hari dari pagi sampai petang akan ikut perkembangan blog tuh…. tapi tak kan lah sampai macam tu sekali …..

serius saya tak pernah baca blog beautifulnara tu, kawan-kawan pejabat saya yang selalu bagi tahu cerita apa yang di publish dekat blog tu …. hurmmmmm bukan tak mahu baca tapi saya tak berminat dengan cerita pasal artis nie … banyak benda lain yang saya boleh buat…….

itu hak masing-masing kan dah minat dia macam tu tak kan saya nak halang.. tapi nya jangan lah sampai nak buat blog sebab orang lain … dan aya rasa lah beautifulnara tu mana ada komen dekat mana-mana blog  ( agak saya lah ) 


Nota : kalau nak belajar sebab memang nak tahu itu tidak mengapa tapi kalau nak belajar sebab mahu apa yang di hajati itu adalah …… 



update via phone mobile




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.