Perempuan Kena Ingat Bila Tahu BERMADU

By | 10/04/2013

Opsssttttt ada yang kata pada saya kenapa saya hanya menulis tentang lelaki saja sedangkan perempuan juga harus tahu peranan mereka kalau dah tahu mereka itu bermadu.. 

Perempuan akan jadi separuh gila bila tahu mereka sebenarnya bermadu, lagi parah kalau mereka tak boleh nak terima kenyataan yang mereka sedang berkongsi kasih dengan perempuan lain. 

ini saya nak kata pada perempuan-perempuan yang susah sangat nak terima kenyataan bahawa mereka sebenarnya berkongsi kasih.. sempurna macam mana pun korang tapi kalau lelaki yang korang saya tuh tetap mahu ada yang lain memang tak boleh nak buat apa lah jadi tak perlu korang nak meroyan bagai… 

1 – korang kena sedar diri yang korang berkongsi kasih jadi jangan buat macam lelaki yang korang sayang tuh macam hak korang sorang… 

2 – korang jangan gatal mulut tanya apa yang lelaki kesayangan korang buat macam berada bersama dengan madu korang manalah tahu jawapan yang di berikan akan buat korang naik hantu kan… 

3 – asalkan lelaki kesayangan korang tak abaikan tangungjawab dia pada korang dah kira bagus dari korang di abaikan….

4 – jangan sesekali pergi serang madu korang tuh sama ada dekat rumah dia atau dekat tempat awam tapi kalau nak baling cawan kat muka madu korang tuh sangat di galakan..

5 – kalau korang jenis mulut celupar dan busuk macam air longkang baik korang kawal sikit apa yang korang mahu katakan.. tapi korang  di galakan menyumpah pada lelaki kesayangan korang kalau ada yang korang tak puas hati.

6 – agak-agak korang dah penat bebel dan dah tak tahu nak buat apa jangan sesekali terfikir nak hantar kum-kum dan seangkatan dengan nya pada madu korang tuh sebab nanti masa korang nak mati susah tanah tak terima mayat korang. jadi jalan terbaik korang terima je hakikat yang korang sebenarnya bermadu..

cukuplah 6 tips dari saya, sebelum korang kata saya nak kata memang susah nak terima kenyataan ini tapi yang korang nak sakitkan kepala otak korang fikir benda-benda sampah ni buat apa anggap je lah lelaki kesayangan korang tuh hak korang sorang dan anggap tak ada orang lain dalam kehidupan korang.

dan jangan nak update status yang merepek bagai dekat facebook dan sebagainya menmburukkan lelaki kesayangan korang dan madu korang tuh.. itu tindakan kurang bijak namanya…. 

Nota : “kalau dapat madu yang baik, baiklah kehidupannya tapi kalau dapat madu yang tak berapa baik maka tak baiklah jadinya” 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.