Orang Pangan

By | 29/04/2013

Setiap kali isnin tiba mesti ramai yang mengalami sindrom kenadotan … hahahaha apa bahasa lah agaknya yang di reka oleh kawan-kawan saya sejak sepurnama nie tapi layan kan je lah ye….

kawan pejabat saya nie adakalanya suka guna bahasa yang pelik-pelik bagai yang ada masanya susah saya nak hadam bahasa dia..

hari nie ( isnin ) dia tanya dekat saya tahu tak apa itu orang pangan …. ohhh okey itu adalah pertama kali saya dengar perkataan tu .. dengan lajunya saya tanya pakcik google untuk dapatkan jawapannya….. 

kalau korang nak tahu “orang pangan” ni maksudnya orang yang masih tinggal dalam hutan walaupun zaman dah moden atau orang yang suka hidup sendirian…  ehhh ada lagi ke orang tinggal dalam hutan?

“orang pangan” ni adalah bahasa berasal daripada indonesia kalau tak salah saya, tapi kalau nak tahu lebih lanjut korang guna pakcik google ye untuk dapatkan maklumat lebih lanjut lagi…. saya tak sempat nak hadam benda baru macam nieh….

Director saya kata kita orang nie agak nakal sebab suka usik mengusik sesama sendiri walaupun ada kalanya mood tak berapa nak baik.. heheheheh okey saya memang tak berapa nak pandai kerja dalam suasana bosan sebab itu akan mendatangkan kebosanan yang terlampau…..

balik pada pelajaran kita, kalau korang perasan dalam kamus pakcik google tak banyak info sangat yang boleh di dapati hampir semua halaman akan memberikan maksud yang sama.. cuba korang tanya pada kawan-kawan yang berasal dari indonesia pula mana tau korang akan dapat lebih banyak info tentang orang pangan nie 


Nota : dah macam mana pulak nak gunakan ayat mengunakan “orang pangan” nie ye … heheheheheh


update via phone mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.