Jangan Bandingkan Pasangan-Pasangan Korang

By | 09/04/2013

Cuba menghadap apa yang mahu di tulis kalau tak boleh nak hadap jugak dengan penulisan sendiri itu maknaya otak saya tak boleh nak menjana kewarasan dengan betul.

Siapa yang belum baca entry INI sila baca terlebih dahulu sebelum meneruskan apa yang saya mahu tulis supaya korang akan faham apa yang saya katakan.

saya rasa mesti ramai yang susah nak terima bila tahu yang dalam kehidupan berdua ada orang lain senang cerita orang ke tigalah yang kadang-kadang punca keretakan sesebuah hubungan..

tips nie untuk lelaki-lelaki yang rasa masuh tambah bilangan pasangan seperti blogger yang semakin fofular di kalangan peminat-peminat fanatik beliau.


1 – kalau korang rasa mampu berlaku adil pada kedua-dua pasangan korang boleh teruskan niat korang tuh. bukan mampu dari zahir dan bati tapi perasaan jugak kena adil. dan saya percaya ramai yang tak mampu berlaku adil bila melibatkan perasaan.

sekali pun korang kata yang korang mampu berlaku adil tapi cuba tanya perasaan korang mampukah perasaan korang berlaku adil. jawapannya mestilah tak akan mampu.

2 – jangan sesekali cerita tentang pasangan korang yang satu lagi pada pasangan korang yang sedia ada, kalau korang rasa nak kena baling dengan cawan dekat muka boleh lah cerita semua pekara tentang pasangan korang pada pasangan korang … 

kenapa saya kata jangan sebab bila korang bercerita pasal pasangan korang pada pasangan korang akan timbul perasaan yang lain macam pada pasangan korang tu. mungkin pasangan korang akan menyumpah pasangan korang yang satu lagi.

3 – jangan banding-bandingkan kedua-dua pasangan korang tu, mungkin akan ada kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan korang tuh dan itu akan buatkan perasaan cemburu timbul. 

4 – kalau pasangan-pasangan korang boleh terima korang seadanya kenapa korang tak boleh nak terima pasangan-pasangan korang seadanya.. jangan pertikaikan kelemahan dan kisah silam pasangan-pasangan korang kerana itu akan buatkan perasaan pasangan-pasangan korang memberontak dan pasti akan berlakunya pergaduhan.

5 – jangan post gambar mesra korang dekat facebook biarlah gambar-gambar mesra korang tu hanya korang je yang tengok bukannya untuk tontonan umum…

cukup lah tuh 5 kang susah pulak nak hadam apa yang saya tulis tak pun korang akan jadi tak berapa nak waras sebab kena fahamkan apa yang saya katakan.. heheheheheh

ingat senang ke nak bermadu, siapa kata senang silap hari bulan boleh berlakunya “perang” jadi pandai-pandailah korang atasi masalah kalau pasangan-pasangan korang gaduh ….


Nota : tak ada kaitan dengan saya apa yang saya tulis ni cuma berkongsi apa yang di fikirkan saja .



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.