Dia Tak Pernah Buruk-Burukan Awak

By | 18/04/2013

” dia tak pernah buruk-burukan awak “

memang dia tak pernah buruk-burukan saya sebab dia tak tahu kisah di sebalik apa yang dia tahu dan saya percaya kalau dia tahu mesti dia akan jadi raksasa yang jauh lebih ganas dari saya tak pun dia akan jadi pontianak yang lagi menyeramkan dari apa yang saya bayangkan ketika ini.

“bla bla bla bla bla” ( saya saja yang tahu ayat nya )

Full stop malas nak bertekak berjela-jela lagi banyak benda yang di debatkan akan lagi banyak sumapah seranah yang akan keluar dari mulut saya.. dari saya marah dan sakitkan hati sendiri lagi baik saya diam dan buat-buat anggap yang dia tu tak pernah ada….

aduhaiiii payah sesangat nak bagi manusia sorang ni faham yang saya tetap ada dalam kehidupan dia walaupun dia kata yang dia miliki seorang …. okey fine ikut suka hati lah nak kata apa pun asalkan jangan buat saya tambah sumpah seranah saya pada dia itu dah cukup ….

okey fine saya boleh teruskan hidup saya macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku pun … dan saya bukan orang yang suka sangat dengar apa yang orang kata lebih-lebih lagi orang yang suka jadi batu api dan suka huru harakan kehidupan orang lain .. kalau saya orang yang macam tu dah lama kehidupan saya huru hara dengan masalah yang di timbulkan dari orang lain….

awak dah menang jadi jangan banyak tanya, jangan sibuk hal orang lain .. jangan suka benar nak kongkong kehidupan orang lain macam saya kata di permulaan cerita kalau awak tahu kisah yang sebenar mesti awak akan jadi raksasa yang tak comel langsung tahu.. 



saya tak perlu cakap pada orang lain apa yang saya rasa sebab akan ada orang yang tahu apa yang saya rasakan …. bagus lah bagus lah kalau awak dah buat orang nampak yang awak ni konon nya baik itu bukan bermakna awak baik di mata saya …. 

memang kadang-kadang bahasa saya akan menyakitkan hati dan telinga … memang kadang-kadang kalau saya marah sangat ayat-ayat yang tak sepatut nya keluar akan keluar .. tapi itu lagi baik dari saya baling cawan dekat muka orang kan kan kan kan ….

” karma ” awak percaya pada karma?
kalau awak tak percaya pada karma itu suka hati awak …. ni saya nak kata kat awak … bila awak buat macam tu dekat orang lain akan datang pasti akan ada orang lain yang akan buat benda yang sama pada awak masa tu awak akan ingat balik apa yang awak dah lakukan pada orang lain….

Tandaan : Ang puso ng tao ay hindi ang parehong kahit na ang parehong itim na buhok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.