Dari Kaca Mata Pengundi Atas Pagar

By | 28/04/2013

Saya percaya ketika ini timeline korang sedang huru hara dengan kisah politik yang tak tahu bilakan kesudahannya. macam saya tak ada timeline yang ada bahan bacaan saja tapi itu pun mampu buat otak saya jadi huru hara seketika.

hari tu saya borak-borak dengan client saya masa dia datang buat lawatan mengejut … dari soal kerja sampai lah soal politik sampai semua termasuk dalam sesi berbualan yang memakan masa hampir satu jam .. kihkihkih ….

Mr A : u tengok sekarang ni kalau hujan lebat sikit je mesti banyak tempat yang akan banjir.

Saya : macam mana tak banjir kalau sistem pengaliran tak berapa nak baik

Mr A : kerajaan tak buat baik ke sistem pengaliran sampai banjir kan dah susah kan semua orang.

Saya : kenapa nak salah kan kerajaan patut nya salah kan diri sendiri cara kita menjaga kebersihan alam sekitar.. bukan ke kerajaan dah sedia kan tempat pembuangan sampah yang baik tapi kenapa nak jugak buang sampah dalam sungai dan longkang segala bagai. bila berlakunya banjir tengah-tengah bandar kerajaan yang di persalahkan ….

Mr A : ye lah betul jugak kadang-kadang kita memandang remeh benda-benda macam tu..


itu lah yang selalunya berlaku bila setiap kali sesuatu benda yang tak baik berlaku pasti kita-kita ni akan menyalahkan pihak yang mentabir sedangkan semuanya bermula dari kita-kita jugak yang tak ada kesedaran sivik.. 

kita-kita ni selalu minta kemajuan di sesebuah tempat yang tak pernah adanya kemajuan tapi bila mahu lakukan sesuatu kemajuan mereka-mereka ini akan menghantar memorandum bantahan dengan projek yang akan di lakukan dengan alasan akan memberikam kesan negatif pada kehidupan mereka … 

bukan kah bila sesuatu projek di lakukan akan memberikan manfaat yang beguna contohnya peluang perkerjaan kepada penduduk setempat dan itu akan mengurangkan kemiskinan dan akan menjadikan sesebuah kehidupan jadi lebih baik. kalau nak kata kesan negatif  dekat mana-mana pun berlakunya gejala yang tak berapa nak baik.

kepada semua ahli politik saya nak kata bahawa rakyat zaman sekarang sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. dan saya rasa rakyat cuma mahukan seorang pemimpin yang “baik” dari semua segi. pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu menghormati orang lain, pemimpin yang TIDAK akan  membuka aib orang lain walaupun itu lawannya. 

kalau ikut kaca mata saya banyak benda yang mahu saya tuliskan tapi biarlah ianya tidak di tulis di sini.. bukan takut kena saman dengan KERAJAAN MALAYSIA cuma tak mahu orang-orang pro kerajaan atau anti kerajaan salah faham dengan apa yang saya sampaikan …..


Nota :  saya tak kata yang saya ini Pro kerajaan atau Anti kerajaan jadi jangan nak mandai-mandai buat tuduhan apa yang saya tulis .. macam mana nak rasa teruja untuk pertama kali akan mengundi … APTB 


update Via Phone Mobile 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.