Banyak Sangat Duit RM20 Dalam Mesin ATM

By | 29/04/2013

Pertama kali sewaktu dapat duit RM20 ni terasa macam dapat duit jutaria pulak kan, mungkin ramai jugak yang kata macam tu masa mula-mula duit ni di keluar kan.

Hari tu nak keluarkan duit dekat mesin ATM berdekatan pejabat saya tapi malangnya tak boleh nak keluarkan duit mengikut amount yang di mahukan di sebabkan RM20 nie…. 

Kalau ye pun nak bagi orang ramai duit baru tapi jangan lah sampai dalam mesin ATM tu semua duit RM20, RM100 ++++ kan menyusahkan namanya. kalau kenapa pada mereka yang tak seberapa baki dalam akaun tu kan dah susah…

kalau pakcik Eyriqazz bebel sebab mesin ATM tergendalam pada hari gaji itu tak apa lagi sebab masih ada online banking untuk bayar semua bil jadi tak adalah masalah sangat. 

mesti ada yang akan tanya saya kenapa nak marah dengan duit RM20 ni kan best bila dapat duit baru… saya bukan marah cuma rasa ianya langsung tak pratikal pun.. cuba fikir kan kalau dalam akaun korang ada RM70 dan korang nak keluarkan RM50 je tapi tak lepas sebab kena keluarkan RM70 apa perasaan korang mesti korang akan menyumpah mesin ATM tuh kan.

rasanya bukan saya je yang selalu kena benda macam ni, mesti ramai yang pernah kena jugak. jadi saya nak kata pada bank-bank yang ada dekat malaysia ni tolonglah jangan letak banyak sangat duit RM20 dalam mesin tu …. 

nasib baik nak kalau orang nak keluarkan RM3K tak keluar semua duit RM20 kalau tak.. hurmmmm tak dapat nak bayangkan … bhahahahahah jahatnya saya….


Nota : jangan nak kata saya nie over yer sebab saya percaya bukan semua orang ada simpanan yang banyak dalam akaun bank lebih-lebih lagi dalam suasana semua benda mahal kemain…



update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.