Apa Adanya

By | 03/04/2013

Sejak beberapa menjak ni selalu sangat saya terkejut walaupun hanya dengan pekara kecik je, macam orang tegur saya dari belakang ke, macam orang bagi barang dari tepi kan tapi yang pasti bukan sebab ada orang yang sengaja buat saya terkejut.. mungkin sebab terllau penat itu yang buat jadi macam tuh agaknya.

semua salahkan penat bilanya nak salahkan diri sendiri yang tak reti-reti nak rehat… tengok lah esok-esok macam mana pulak heheheheh..

lepas lunch t/hari tadi kawan saya terima panggilan dari ahli keluarga dia mengatakan abang ipar dia meninggal dunia akibat serangan jantung, maka bergegaslah kawan saya ke hospital serdang di mana kakaknya berada. 

dari apa yang kawan saya bagi tahu jenazah akan di kebumikan di kelantan pada esok hari sebaik saja tiba di sana..

teringat pada arwah ex bos saya yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat  dalam masa yang sama teringat arwah abang jai.

perasaannya akan lain bila kita kehilangan orang-orang yang terdekat dengan kita lebih-lebih lagi yang dah rapat dengan kita.. macam mana pun kita senyum agar kelihatan gembira pada hari-hari seterusnya pasti tetap akan ada kesedihan.

beberapa hari ni rasanya saya banyak mendiamkan diri, mungkin sebab saya mahukan ketenangan atau mencari gembira yang sedikit hilang. letih fizikal tak sama dengan letih mental .. kalau letih fizikal boleh rehat tapi kalau letih mental macam mana nak rehatkan.

beberapa lepas saya di hubungi oleh kawan lama saya, tak sengaja saya bertanyakan tentang majlis perkahwinan dia yang akan berlangsung sebulan saja lagi. kata kawan saya majlis tersebut sudah di batalkan atas sebab dia sendiri tak tahu kenapa.. dia cuba mendapatkan jawapan dari tunang dia tapi panggilannya tidak berjawab… 

kalau ada jodoh pasti tak akan ke mana, saya percaya setiap benda baik yang kita mahu lakukan pasti Allah akan permudahkan jalan kita dan pasti akan ada dugaan dalam perjalanan kehidupan tersebut. Allah tak akan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu nak laluinya.

Apa pun semoga kawan saya tuh dapat jawapan apa sebenarnya yang berlaku hingga majlis tersebut di batalkan tanpa adanya alasan  yang kukuh…

kita yang pilih apa yang kita mahukan sebenarnya…. kalau kita tak mahu tapi berlaku jugak itu namanya ketentuan tuhan dan memang tak boleh nak buat apa-apa …..


Nota : kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk kita, kita tak mahu macam mana sekali pun kalau Allah dah kata itu untuk kita maka untuk kita lah benda tuh sama ada baik atau tidak Allah lebih tahu …. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.