Ternyata Saya Yang Akan Kecewa

By | 31/03/2013

Dalam banyak-banyak pekara ada satu benda saya yang tidak dapat kita lakukan termasuk saya sendiri.. Ada yang kata saya hanya tahu menulis tapi dalam kehidupan sebenar saya tidak sama dengan apa yang saya tuliskan di ruangan ini.

Bukan senang nak puaskan hati semua orang sekali pun kita berusaha untuk memenuhi segala kehendak orang-orang di sekeliling kita tapi ternyata kita akan gagal melakukannya. bila itu yang berlaku pasti rasa kecewa itu akan hadir walaupun perasaan kecewa itu tidak kita undang.

secara jujurnya saya memang gagal memuaskan hati semua orang yang ada di sekeliling saya termasuk dia, dan tiap kali perasaan saya down hanya kerana saya tidak mampu memenuhi semua kehendak orang-orang di sekeliling saya, perasaan saya akan mula memberontak dan sudahnya saya akan pergi sejauh yang boleh meninggalkan apa yang saya ada… 

sebenarnya saya akan jadi rimas bila terpaksa terlalu menjaga apa yang akan orang lain mahu katakan tentang saya… tentang kehidupan peribadi saya, tentang kehidupan saya dan seseorang semua tuh buatkan saya jadi rimas.. 

kalau mahu sangat apa yang saya ada datang jumpa saya dan cakap sendiri dengan saya tak perlu nak kata belakang saya … sekali pun perempuan tuh p****** saya tetap akan berikan apa yang di mahu kan asalkan dia tak ganggu ketenangan hidup saya …..

tak kisah lah kalau ada manusia yang akan kata saya bodoh sebab lepaskan apa yang saya ada, rasa nya itu lebih baik dari saya sakit hati dan lukakan perasaan sendiri … dan kalau semua buruk yang nampak pada saya jadi apa lagi yang saya nak kata selain dari pada terima je kan … mulut tempayan boleh lah tutup tapi mulut manusia yang busuk macam longkang mana boleh tutup kan…

Terasa hati sangat-sangat dengan kenyatan 2 hari lepas … dan kenyataan itu buatkan saya bertindak drastik dengan menutup akaun facebook … lagi aman hidup tanpa facebook dengan kehadiran manusia-manusia yang add saya hanya sebab nak stalker kehidupan saya dan sudahnya buruk kan saya di belakang saya….

awak dan awak dan awak saya nak kata… tak payah nak stalker saya sangat sebab awak tak akan dapat apa yang awak cari.. kalau awak nak apa yang di hajatkan datang jumpa saya cakap sendiri dengan saya bukan main kasar dengan saya… 


Nota : biarlah mereka bahagia dengan dunia yang mereka cipta dan mereka gembira dengan jalan yang mereka pilih… saya dah sangat penat kerana setiap kali saya yang salah… sudahnya saya yang rasa kecewa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.