Perlukah Ada Skandal?

By | 17/03/2013

Pada korang tu kalau nak cari skandal janganlah cari di kalangan kawan-kawan sendiri lagi-lagi dekat sosial media, ye lah tak besar mana pun sosial media tu sebenarnya pusing-pusing akan jumpa jugak kan?

dan lagi satu sila jadi bijak sikit kalau mahu ada skandal, jangan lah update apa yang di lakukan dengan skandal korang tu, mungkin ada di antara kawan-kawan sosial media korang tu yang kenal dengan skandal korang tu, kang tak pasal-pasal hujan ribut melanda.

Al-kisah ada lah seorang kawan ni yang berskandal dengan suami kawan sendiri, memang pasangan lelaki ni tak tahu pun yang suami dia ada skandal dengan kawan dia. satu hari tu mereka buat lah sesi santai-santai dan perempuan ni katalah yang dia akan bawak pasangan baru dia.. dalam keriuhan gelak tawa semasa sesi santai-santai tu semua mata tertumpu pada perempuan tu dan pasangan yang di bawa bersama.. jalan dah ler berpegang tangan.. 

dengan bangganya dia kenalkan pasangan dia pada kawan-kawan yang datang, isteri lelaki tu hanya diam saja tak kata apa, belagak macam tiada apa yang berlaku tapi kawan-kawan perempuan tu dah pandang lain macam je.. 

kesudahanya tak pasti pulak apa yang berlaku, mungkin mereka bertiga berperang atau sebaliknya tak dapat nak di pastikan.

kenapa lelaki / perempuan perlu ada skandal di belakang pasang masing-masing? adakah pasangan masing-masing tak cukup sempurna pada mereka-mereka yang suka berskandal nie.. kan lagi senang kalau terus pasang dua tak payah nak sorok-sorok hubungan yang terjalin… walaupun tak ada siapa yang suka berkongsi kasih sayang tapi kan lebih baik selesaikan cara baik ….

kalau saya ada dekat tempat isteri lelaki tu mesti saya dah baling cawan dekat muka perempuan yang cuba rampas hak saya.. kihkihkih jangan kata baling cawan dekat muka lebih dari tu pun saya sanggup lakukan.. kalau nak sakit hati biar sakit hati sampai habis…..


Nota : kalau nak jadi player yang bagus kena bijak aturkan permainan bukan hanya untuk separuh jalan sahaja….




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.