Tiada Kisah Cinta Di Sini

By | 18/02/2013

Ramai pulak yang tanya pada saya macam mana saya boleh dapat tagline “bila cinta mula berkasih sayang”. Sebenarnya saya dapat tagline tu secara tidak sengaja selepas beberapa kali saya buat penjenamaan pada blog nie … 

masa buat penjenamaan pada blog ni saya masih lagi berada dalam “balang kaca” tak berani nak keluar malah apa yang saya tulis hanya untuk diri sendiri je.. kalau selak balik entry-entry beberapa tahun lepas semuanya macam bosan gitu ….

“walaupun blog cinta tapi tak ada kisah cinta pun” yang ini memang saya akui memang tak ada kisah cinta yang saya tulis lagi-lagi kisah percintaan sendiri … 

sejujurnya saya tak berapa nak suka tulis tentang kisah percintaan sendiri sebabnya saya rasa tak PERLU orang tahu tentang kehidupan peribadi saya sangat lagi-lagi kisah percintaan saya… saya bukan artis nak jaja cerita peribadi sendiri …

kalau orang yang baca boleh muntah apatah lagi saya yang tulis ni bukan setakat muntah je malah boleh pitam terus hehehehehe …

kalau ada kisah cinta yang saya tulis itu hanya kisah dongeng saja bukannya realiti …. aci tak jawapan macam tu …. 

tapi tak apa saya suka dengan kehidupan saya sekarang… 

saya tak reti nak tulis kisah percintaan… saya hanya reti menulis mengikut kata hati saya … tapi kata hati saya tak membenarkan saya menulis tentang cinta .. kihkihkihkih


Nota : mungkin tak akan ada kisah cinta yang tertulis di sini … mungkin jugak akan ada kisah cinta yang akan di tulis siapa tahu kan?



   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.