Surat Permohonan Maaf dari BN Selangor | Ini Bukan Isu Politik

By | 15/02/2013

Balik kerja petang tadi tengok peti surat, adalah tiga keping surat dalam peti tu jadi sambil jalan naik atas sambil belek-belek surat yang baru saya ambik tu.. ada satu surat atas nama saya.. 

memang saya suka bukak surat masa jalan macam tak reti-reti bukak dekat rumah je kan heheheheh ( dah terbiasa apa boleh buat )

surat dari BN rupanya, mahu apa agaknya adakah mahu bagi saya DUIT .. kihkihkih kalau bagi DUIT bagus jugak kan .. tapi malangnya bukan bagi duit tapi surat mohon maaf atas kesilapan tempat mengundi yang di cetak atas surat ucapan yang di kirimkan sebelum ini 


memang dalam surat yang di kirimkan memang terdapat kesilapan tempat mengundi, masa tu saya semak balik secara online dan tempat mengundi tetap sama dan tidak berubah pun …

bukan nak buruk-buruk kan sesiapa cuma sekadar berkongsi kisah saja bersama rakan-rakan jangan pulak ada yang kata saya anti kerajaan yer … mana ada manusia yang tak lakukan kesilapan, walaupun surat yang di hantar itu mengunakan mesin pencetak tetap jugak manusia yang kendalikannya ….

psstttt ada tak rakan-rakan blogger yang dah terima BR1M yang ke dua tuh … mesti korang suka kan kalau dah dapat yer lah kan boleh belanja kawan-kawan yang tak dapat macam saya nieh .. heheheheheh

masa mula-mula BR1M ni di perkenalkan macam-macam spekulasi yang saya terima .. belambak email yang di hantar oleh mereka yang tidak di kenali … bertindak bukan hanya mendengar sebelah pihak saja maka saya sendiri membuat sedikit liputan tentang apa yang berlaku semasa pemberian BR1M di tempat saya SINI …. 

jadi jangan buat spekulasi yang boleh menjatuhkan orang lain walaupun kita tak suka dengan apa yang mereka lakukan .. setiap apa yang di lakukan ada sebabnya walaupun ada agenda tersendiri …


Nota : bukan bermakna saya pengundi kerajaan atau pengundi pembangkang …… mungkin pengundi atas pagar ..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.