Semoga Kamu Berdua Bahagia Hendaknya

By | 17/02/2013

Salam kasih sayang ….
tengah borak-borak dengan kawan-kawan petang tadi tiba-tiba ada inbox masuk kat kotak pesanan …. ingatkan ada peminat nak berkenalan rupanya dapat kad jemputam perkahwinan seorang rakan maya ….

sebenarnya sudah terlalu lama saya terputus hubungan dengan kawan ini, dah tak tahu apa perkembangan cerita mereka….

*pause*

sebenarnya sebelum mereka sampai ke tahap ini terlalu banyak rintangan yang mereka harus tempuhi.. susah, senang, suka dan duka silih berganti tapi itu di namakan jodoh bila mereka akan di satukan tak lama lagi ..

saya percaya dugaan dan cabaran yang pernah mereka tempuhi suatu masa dulu akan buat mereka lebih matang dalam jalani kehiduan seharian setelah berumah tangga kelak …

“play”

semoga kamu berdua bahagia hingga akhir hayat, dan semoga kamu berdua akan jalani kehidupan yang bahagia seperti mana yang kamu berdua impikan …. 


Nota : Selamat pengantin baru buat kamu berdua .. semoga bahagia hingga akhir hayat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.