Kesian Dekat Saya Tangan Bengkak

By | 04/02/2013

Kesian dekat saya tangan kanan bengkak tak tahu kenapa, agaknya ada binatang gigit masa kemas-kemas semalam agaknya … bukan bengkak jer tapi gatal sesangat … dengan berbekalkan kuku yang lupa nak potong maka bermula lah edisi garu mengaru sampai luka.. bila dah tak tahan gatal baru cari ubat untuk di sapu … okey ingatkan bila bangun tido bengkak akan hilang dan gatal akan reda …

tapi……..
ternyata sangkaan saya silap… bila bangun pagi-pagi dah rasa tangan kebas dan susah nak gerak kan .. bengkak tak hilang jugak .. laju-laju mandi siap-siap dan terus pergi klinik ….

macam biasalah mesti diktor bagi ubat sapu + ubat tahan gatal + antibiotik … nasib tak pahit ubat-ubat tuh kalau tak memang tak makan lah jawabnya hiks ….

dan sekarang tangan kanan tak boleh nak angkat barang berat sangat, bila angkat barang berat sikit jer dah rasa kebas-kebas … nasib lah saya menulis tangan kiri jadi tak adalah masalah sangat.. kalau setakat nak ketuk-ketuk keyboard nieh mampu lagi lah walaupun terasa kebas-kebas …

Nota : malas nak menulis panjang-panjang sangat ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.