Jangan Pertikaikan

By | 08/02/2013

Jangan pernah pertikaikan sayang saya pada “dia” sebab …. tak ada sebab untuk saya nyatakan di sini tapi cukuplah saya dan “dia” tahu ..

mana ada manusia yang sempurna dalam dunia nie, begitu juga dengan saya… ketidak sempurnaan itu bukan penyebab untuk saya kurangkan sayang saya …¬†

saya benarkan “dia” lakukan apa yang dia mahukan asalkan “dia” gembira tapi bukan itu bermakna saya tidak sayangkan “dia” jangan kata yang saya tidak sayangkan “dia” kerana benarkan dia lakukan begitu.. biar saya dan “dia” saja yang tahu ….

cukup saya katakan di sini yang saya gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya cuba dan terus cuba jadi yang lebih baik daripada sekarang … tak kisahlah apa pun pandangan orang lain dan apa yang orang lain mahukan katakan tentang “kami”

“pause”

jiwang pulak budak comot nie macam nak kena lempang laju-laju je gayanya.. hahahahah 

kenapa pulak tak boleh nak jiwang-jiwang bukan nya selalukan .. bukan ke perasaan yang ada dalam diri kita nie anugerah yang tak ada nilainya .. masakan mahu jadi manusia yang tiada perasaan ….

“pause”

ramai pulak yang tanya siapa gerangannya….
alahai kena mantion kah? tak perlulah mantion sekarang, bila tibanya saya akan bagi tahu itu janji saya … bukan apa tak mahu show off over sangat kang ada yang meroyan sambil baling kerusi kerana marah …¬†

“play”

dalam hidup kita nieh perjalanannya terlalu panjang, ada masanya kita akan gembira dan ada masanya kita akan bersedih … dan ada masa-masanya kita akan di hadiahkan dengan dugaan .. semua tuh bukan petaka tapi dugaan yang datang pada kita itu adalah ujian buat kita sekuat mana kita untuk lepaskan diri kita dari dugaan tuh … dan kalau belum apa-apa dah menyerah kala makanya kita gagal jadikan diri kita kuat….



Nota : simpan bahagia untuk diri sendiri .. sampai masanya pasti akan di kongsikan dengan kawan-kawan tersayang …..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.