Permulaan 2013

By | 02/01/2013

Cakkk !!!
dah tahun barulah ….. tapi masih fikir apa azam tahun 2013 … rasanya azam tahun-tahun sudah masih ada yang tak tercapai lagi … jadinya lebih baik teruskan azam yang tak tercapai tu dari buat azam baru kan.. tapi kan seperti tahun-tahun sudah mia tak pernah senaraikan apa azam mia untuk setiap tahun .. ikut jer perjalanan yang di lalui…

cumanya ada beberapa pekara yang dah mia highlight kan untuk sasaran 2013 nieh, walaupun ianya sedikit sukar tapi rasanya kena ada something yang boleh kuatkan semangat untuk mencapai apa yang di sasarkan…

ramai pulak yang tanya kan apa azam mia.. kejap nak fikir apakah azam yang terbaik untuk setiap tahun …….


– KEWANGAN –

simpan duit untuk kawen ( 2 tahun lagi ) kemain lama lagi baru nak kawen kan.. yer lah macam mana nak kawen kalau tak ada duit .. jadinya kena lah simpan duit untuk majlis kawen … muda lagi jadinya banyak masa untuk buat simpanan …. ada kawan mia kata kalau nak kawen kena ada 5 angka baru boleh kawen … siapa kata buat majlis kecik-kecik pun tak apa.. kalau pun kita merancang begitu tapi bila tiba masanya pasti akan jadi lain jadinya biarlah ada simpanan yang banyak untuk memudahkan urusan .. kan kan kan ….


– KERJAYA –

harap-harap kerjaya untuk tahu ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya .. yer lah tak kan nak berada di tempat yang sama je .. sebelum melangkah ke tahun baru rasanya kerjaya saya sudah mula stabil dan lebih banyak cabaran .. bukan itu je rasanya banyak benda baru yang dah saya belajar .. jadinya kena teruskan sesi pembelajaran tu hingga bila-bila .. walaupun setaip hari kena buat benda yang sama tapi mesti ada benda baru yang mia dapat jugak … lagi-lagi kerja dengan ramai orang kan …

– PERHUBUNGAN –

bak kata perpatah jauh berjalan luas pandangan, sama jugak bila kita kenal lebih ramai orang lebih banyak lah benda baru yang akan kita dapat … 

dari dulu sampai sekarang satu je prinsip mia …. tidak ada seorang pun manusia di bumi ini sempurna.. jadinya kena terima baik dan buruk mereka yang berada di sekeliling kita …..

bukan ke hidup berpasangan saling melengkapi … sometime kita terlalu mencari kesempurnaan hingga ada masanya kita lupa apa yang orang-orang di sekeliling kita rasa dengan tindakan kita ….

“sign”

paling penting kita hidup nieh harus ada rasa gembira juga kalau kehidupan yang terlalu membosan kan pun tak berapa nak best jugak kan …..


Nota : adakah permulaan tahun baru nieh mengembirakan atau sebaliknya ……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.