Bukit Broga Di Hujung Minggu

By | 07/01/2013

Cakkk …..
awal pagi minggu sekitar 3 pagi saya dan kawan-kawan bertolak ke Bukit Broga .. itu adalah aktiviti rakan-rakan sepejabat saya yang di rancang pada minggu lepas lagi tapi saya tak bagi jawapan untuk turut serta cuma pada saat akhir baru saya berikan jawapan untuk turut serta ….

jam 4.30 pagi ( agaknya ) baru sampai ke destinasi, ohhh rupanya ramai yang mahu mendaki Bukit Broga pada hari itu …  dalam kegelapan subuh hari saya dan kawan-kawan mula bendaki bukit yang saya tak pasti berapa ketinggiannya sebab gelap sesangat..

Baru separuh jalan dan rasa nak #pitam entah berapa kali saya terpaksa berhenti untuk berehat untuk mendapatkan tenaga untuk teruskan perjalanan …. 

seksa sesangat nak habiskan pendakian tapi teruskan jugak sebab dah sampai tak kan nak berhenti separuh jalan saja kan …. 

sampai ke puncak pertama sudah ramai yang berada di situ sambil mengambil gambar dalam kegelapan … 

sampai puncak pertama saya dah rasa tak mahu teruskan sebab macam tak mampu nak teruskan pendakian hingga ke puncak tapi oleh kerana tinggal sikit saja lagi pendakian saya teriuskan jugak ….

tak pasti jam berapa sampai ke puncak … tapi sebaik saja tiba di puncak azan subuh berkumandang, dapat dengar dengan jelas dari atas puncak bukit … syukur sesangat sebab selamat sampai ke puncak tanpa ada sebarang pekara buruk yang berlaku… 

menunggu matahari terbit dari puncak bukit sambil bersantai di atas batu besar.. perhatikan gelagat kawan-kawan yang sedang leka mengambil gambar …


walaupun sudah berada di puncak tapi jiwa saya bukan dengan aktiviti mendaki .. sungguh saya lebih sukakan laut dari ketinggian … tapi itu kan pengalaman … selagi saya tak cuma saya tak akan tahu kemampuan saya …..

kalau baru begini saya dah rasa susah macam mana mahu mendaki gunung kinabalu yang jauh lebih mencabar dari Bukit Broga … 

apa pun pengalaman pertama mendakit Bukit Broga ini jadikan saya lebih tabah lalui hari-hari yang akan datang, betul kata seseorang mana ada kehidupan yang tidak di duga kan ….


Nota : mungkin ini terakhir kalinya saya lakukan aktiviti pendakian sebegini …. kalau ada peluang mahu pergi bersama orang tersayang pula …… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.