Klana Beach Resort Port Dickson

By | 02/12/2012

Dalam banyak-banyak percutian bersama keluarga rasanya inilah hotel yang paling best yang paling best saya rasakan.. kenapa yer saya rasa begitu?

hotel yang mengadap laut dengan pemandangan yang sangat cantik di tambah pulak boleh melihat matahari terbenam sungguh mengasyikkan….

Apa yang perlu korang tahu sekeliling hotel adalah laut, kalau tengok dari tingak bilik masih boleh nampak laut cuma ada sesetengah bilik yang sedikit terhalang oleh bangunan….¬†

Dari cafe hotel pun boleh nampak laut jugak… pada korang yang sukakan laut boleh lah bercuti di sini …. tak rugi pun kalau datang ke sini….

hote nie terletak di belakang hotel Acasa, hotel milik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, kalau tak salah saya hotel ni masih baru lagi.. secara keseluruhannya sangat memuaskan hati cuma line internet saya yang sangat slow tapi still boleh online pada kaki-kaki online…

hotel ni mempunyai laluan untuk sesiapa yang mahu berjogging atau santai-santai di tepi laut tapi tak boleh mandi lah just melihat pemandangan atau ambil gambar boleh lah …..

hotel ni kiranya macam di tengah-tengah 5 minit untuk sampai ke pantai teluk kemang ( naik kereta ) dan kurang 5 minit untuk sampai ke pantai purnama yang terletak di belakang hotel ( kena naik kereta ) kalau nak jalan kaki boleh jugak tapi kena ikut laluan yang di sediakan di sebelah belakang hotel.

Harga untuk 3 hari 2 malam lebih kuran MYR530 termasuk sarapan pagi … kiranya tak lah rasa membazirkan habiskan masa di sini dengan tempat yang sangat best ….


KLANA BEACH RESORT
kompleks Baitul Hilal
Lot 4056, Batu 8,
71050 Port Dickson
Negeri sembilan 
06-6487888


Nota : Baru balik bercuti di sana …..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.