Di Mana Penghujungnya

By | 12/12/2012

Saya sendiri tak tahu kenapa saya begitu sukakan laut, walaupun ada kalanya laut yang kelihatan tenang boleh bertukar menjadi ganas tapi saya tetap sukakan laut ….

sewaktu berada di tengah laut ketika naik banana boat saya terfikir dan tertanya-tanya laut yang luas di mata penghujungnya … kadang-kadang terasa mahu pergi meredah sehingga penghujung laut tersebut tapi itu tidak mungkin lah kan….

kehidupan di darat tak sama dengan kehidupan di darat, kalau di laut kita dah tahu apa cabarannya ini kan pulak di darat… kalau tak ada cabaran bukan kehidupan namanya kan…

dan kalau kita dah tahu apa yang akan kita lalui tak pasti kita dah boleh atur perjalanan kehidupan kita dengan mudah tapi kehidupan terlalu banyak rahsianya dan tak terjangka apa yang akan berlaku….

sometime kita kena akur dengan benda-benda yang tak berapa kita nak suka.. kalau pun pahit kene jugak terima .. macam orang bercinta lah kan .. kalau ada yang tersuka dengan pasangan kita nak atau tak nak kita kena jugak terima .. perasaan orang mana kita nak halang lain lah kalau perasaan sendiri …. 

itu cuma contoh jer bukan apa-apa pun dan tak ada kaitan dengan saya pun .. dan saya percaya dan sentiasa percaya kalau kita rasa kehidupan kita sukar pada masa sekarang dalam masa yang sama ada lagi orang yang sukar perjalanan kehidupannya….


Nota : tiada maksud tersembunyi tentang entry ini .. ianya datang dari hati ….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.