Tak Sempat Nak Bosan Dekat Pejabat Baru

By | 11/10/2012

Cakk !!!!
baru ada masa nak update blog, jangan tak percaya hari nieh tak sempat nak bersosial dengan kawan-kawan dekat timeline sebab sangat-sangat sibuk dengan macam-macam tugasan.

Rupanya perpindahan saya ke pejabat baru buatkan ramai rakan-rakan saya yang berada di pejabat lama mengeluh kerana banyak kerja-kerja yang terpaksa mereka lakukan..

Ada yang tanya saya… saya naik pangkat ker kerana di panggil pindah ke pejabat baru… bhahahahha mana ada naik pangkat cuma bos yang request saya pindah ke sana jadi saya ikut je arahan.. lagi pun dekat pejabat baru tak cukup staff…

ada jugak rakan-rakan yang tanya sejak bila saya pindah ke HR department nieh … sebenar nya selama 4 tahun saya kerja memang saya berkerja di bawah HR department cuma saya di letak kan di HQ sedangkan pejabat asal mereka di bagunan lain .. mungkin jugak sebab saya sudah terbiasa berkerja dengan semua jabatan itu yang buat kan mereka tidak tahu yang saya ini di jabatan mana sebenarnya.

tapi saya suka berada di pejabat baru sebab tak sembat nak bosan manjang ada kerja sampaikan tak sempat nak tengok jam …

cumanya kena biasakan dengan cara kerja dekat pejabat baru… pejabat baru nieh agak bising dengan macam-macam gangguan bunyi paling tak tahan bila bunyi semua printer serentak memang rasa nak marah … bila cakap kena kuat-kuat sebab tak dengar (bunyik printer lagi kuat okey)

Macam tak ada jer tengok gambar tuh …..
itu meja komputer memang lah tak bersepah cuba kalau tengok meja tulis bersepah dengan file dan segala bagai dokument ….

malang nya tak boleh nak open internet sebab meja komputer tuh mengadap orang belakang sesiapa yang lalu akan boleh nampak apa yang di lakukan….


Nota : harap-harap saya boleh bertahan sampai saya mampu ada perniagaan sendiri beberapa tahun lagi ….. jadi boleh lah saya jadi macam blogger nie┬átak pun blogger nieh┬ápaling tidak macam blogger ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.