Oktober Yang Hebat

By | 03/10/2012

Cakk !!!

Main cakk-cakk lah pulak budak mia nie dah tak ada kerja lah tu.. Hehehehe bukan selalu pun kan…

Ingat tak beberapa hari lepas saya kena bebel dengan pakcik eyriqazz tetengah malam … Suka hati dia nak kutuk saya hehehehe lepas dia bebel dekat saya terus saya ubah semua benda dekat blog nie …

Rupanya pembaca suka sesuatu yang cantik bukan hanya entry saja harus wooww tapi theme jugak mainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah blog..

Beberapa hari lepas ada duit masuk yang tidak di ketahui pada mulanya.. Semalam tergerak hati nak tengok nuffnang .. Mata jadi blink blink bila ada dua BE tengah jalan.. Rezeki jugak tu walaupun baru dua minggu guna nuffnang ..

Sejak saya tukar keseluruhan penampilan blog nie trafik meningkat dengan mendadak tanpa saya jangka…

Saya ingat lagi denaihati ada kata pada selepas event nuffnang .. Dia kata kalau trafik kita cuma 500 sehari cuba usaha jadikan 1000 … Banyak benda yang saya belajar dekat seminar nuffnang tu cuma baru berkesempatan nak pratik kan…

Contest eyriqazz vs denaihati sebenarnya menguji kemampuan penulisan saya sebenarnya.. Bukan untuk menang tapi lebih kepada menimba ilmu..

Tengok feedback kawan-kawan yang suka kan hasil terbaru blog nie buat saya teruja sangat… Ye lah kalau pada pandang saya masih biasa-biasa tapi pada mereka lain mana saya nak tahu…

Akan meningkat ke usia 27 tahun dalam masa beberapa hari lagi.. Ada beberapa perancangan yang dah di aturkan untuk menjana ekonomi negara untuk tahun-tahun akan datang.. Harap-harap semua berjalan dengan lancar..

Nota : menunggu sesuatu dari pakcik eyriqazz …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.