Hujan Judi & Budak-Budak

By | 20/10/2012

Macam dah lama saya tak update blog, bukan dah tak mahu update cuba kebelakangan ni saya sangat sibuk dengan urusan rasmi jadi itu yang tak mampu nak update blog dengan kerap macam dulu-dulu..

macam mana dengan theme baru nie ok ke tak?
sila lah bagi komen mana lah tahu ada apa-apa yang saya terlepas pandangkan boleh lah saya betulkan… 

Sejak saya pindah pejabat baru banyak benda yang saya belajar, kalau mula-mula saya anggap bila berada dekat dengan bos keadaan tak berapa best tapi sebenarnya saya salah… bila dekat dengan bos lagi senang nak siapkan kerja yang tertangguh…

seorang kawan pejabat saya bagi tahu yang budak department dia berenti kerja sebab ramai yang cari dia dekat pejabat sebab banyak berhutang.. kata kawan saya ni lagi punca dia berhutang sebab berjudi.. saya tak tahu berapa banyak yang orang tuh dah pinjam dengan kawan-kawan satu tempat kerja tapi yang pastinya semua orang tahu sebab dia berhutang… 

berjudi ini sebenarnya boleh membunuh institusi kekeluargaan dan orang-orang yang berada di sekeliling… jadi jangan lah berjudi, sayangilah orang-orang yang menyayangi kita…

Ingat lagi tak yang saya penah menulis satu entry tetang saya tak suka budak-budak …. serius saya memang tak suka dengan budak-budak sebab saya tak suka suasanan bising dan merimaskan… setiap petang saya terpaksa sabar dengan kerenah budak-budak sekolah… budak-budak nieh sebenarnya bila dengan kawan-kawan jer akan “menjadi” tapi bila dekat rumah perangai akan jadi lain …. 

Yinyin dah pandai jalan nampaknya, habis satu rumah dia tawaf sambil sepahkan mainan dia… nasib tak sepahkan bilik saya macam minggu lepas kalau tak semput nak kemas … heheheh

beberapa hari ni hujan jer kan, sudahlah kena keluar masuk ofis.. semalam meredah hujan dari HQ ke pejabat saya lepas bagi barang.. kalau macam ini gayanya boleh demam saya.. tahun nieh belum jatuh sakit dengan teruk .. harap-harap tak sakit dengan teruk macam tahun lepas….

Nota : hormatkan perasaan orang lain kalau nak orang lain hormat perasaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.