Hanya Kerana RM10

By | 09/10/2012

Ingat lagi tak saya pernah menulis tentang KL Sentral | Sesuatu Yang Tidak Dapat Dilupakan sekitar bulan 6 macam tuh … kalau tak ingat atau belum baca klik link dan baca kemudia balik ke sini semula untuk tahu cerita seterusnya..

selalunya bila kita lihat orang berpakaian selekeh kita akan kata orang tuh miskin, bila kita lihat kanak-kanak terbiar kita akan kata mak ayah kanak-kanak tuh tak ambik tahu pasal anak mereka, bila kita melihat orang buta lalu kita terus akan kata orang buta ni mesti nak mintak sedekah, bila kita lihat orang gila terus kita kata jangan dekat dengan orang gila…

Memang tidak akan ada siapa yang mahu ambik tahu tentang orang-orang seperti itu pada kita orang-orang seperti itu hanya akan mendatangkan masalah dan tidak berguna pada masyarakat…

apa kaitan entry yang saya suruh korang baca dengan entry ini? ianya ada kaitan sebenarnya yang tak terjangkau oleh akal waras fikiran manusia normal..

selalunya kita dengar orang susah akan menyamar jadi orang kaya, dan susah nak percaya orang kaya menyamar jadi orang susah.. jammed kejap otak bila fikirkan hal sebegitu berlaku…

apa lah sangat RM10 yang saya hulurkan pada beliau sewaktu saya berada di situ, dengan RM10 itu cuma dapat beli makanan untuk hari itu saja esok-esok belum tahu lagi.. saya cuma fikir kalau saya bagi RM5 pada waktu itu apa yang boleh beliau beli untuk di makan, katakan beliau ada anak-anak….

Pagi tadi seorang client bos saya datang ofis, memang ada meeting hari ini dan jadual agak padat jugak lah.. saya tak berapa nak ambik tahu sangat pasal clent bos-bos saya nie benar nya … tapi nak di jadikan cerita beliau telah tegur saya dan kata “kita pernah jumpa dekat xxxx kan”

saya pandang beliau dengan penuh tanda tanya sebab masa tuh saya tak boleh nak fikir sepantas yang mungkin.. habis meeting kita orang borak-borak ada bos saya sekali … masa tu lah beliau cerita macam mana dia jumpa saya dan tegur saya ketika itu yang agak terkejut di tegur oleh seorang perempuan dalam keadaan yang tak terurus..

saya senyum dan kata pada beliau …. mungkin kalau saya tak fikir sebaliknya pasti saya tak akan bagi RM10 tuh pada dia mungkin kalau saya tak berikan RM10 tuh mungkin saya akan rasa menyesal hingga ke hari ini mana lah tahu keluar berita yang tidak terjangka… 

beliau kata sekarang memang susah nak jumpa orang yang fikirkan tentang kehidupan orang lain ….. bos saya senyum jer lah ye lah akn staff kena puji tuh … saya macam biasa dah tak senang duduk dan rasa nak keluar dari bilik tuh…

muka terkejut sesangat bila beliau tahu identiti maya saya .. ohh apakah selama ini ada someone yang stalker saya di semua tempat .. fikir yang elok-elok jer lah tak baik buruk sangka pada orang ….

beliau hulur semula RM10 pada saya, saya katakan pada beliau berikan pada mereka yang lebih memerlukan … jadinya kasih sayang sesama manusia akan terus berpanjangan….. 


Nota : bukan mengharapkan balasan atas apa yang telah kita lakukan .. kalau dah tertulis sesuatu untuk kita pasti akan jadi milik kita jugak..  penulisan yang susah nak di percayai oleh akal fikiran manusia normal ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.