Burung Gagak Membawa Petanda Buruk

By | 03/10/2012

Cakkk !!!!
semalam sebelum balik saya borak-borak dengan kawan pejabat saya yang berbangsa india … entah macam mana terbukak cerita pasal burung gagak nieh ….

kata kawan saya, kepercayaan masyarakat india bila ada gagak yang “mengagak” dekat rumah kita itu satu petanda yang tidak baik.. mungkin akan berlaku kematian atau something yang tak elok pada keluarga atau saudara terdekat.. 

dia kata kalau gagak patuk kepala orang tuh akan bernasib malang.. malang yang macam mana tuh saya tak tahu lah pulak… dia kata biasanya burung gagak nie tak akan “mengagak” depan rumah sesuka hati bila ada something jer baru dia akan begitu.. macam bagi petanda lah kiranya…

banyak benda baru yang saya belajar dan tahu tentang masyarat india nieh dengan kepercayaan mereka, adat mereka dan tradisi mereka.. 

bukan tuh saja kadang-kadang kita orang akan cakap soal isu semasa jugak, mungkin cara fikiran dia agak sama dengan saya jadinya banyak benda yang boleh kita orang katakan bila ada masa….

sebenarnya apa yang saya nampak terutama pada masyarakat melayu banyak benda yang tidak boleh di lakukan terutama bila melibatkan agama….

hari tu waktu pagi saya ada tengok rancangan MHI dalam segmen percutian budjet (saya lupa apa web tuh) kata pemilik web tuh ramai orang yang suka pergi bercuti ke tempat-tempat yang dah selalu mereka pergi sedangkan sebenarnya tempat-tempat ibadat lain agama jugak boleh di jadikan tempat yang menarik untuk di lawati dan dalam masa yang sama boleh menimba ilmu ….

misalnya di thailand ada satu tempat di mana sebuah patung besar (perempuan) ramai jer orang melawat termasuk kaum melayu.. dan kalau tak salah saya tempat tersebut merupakan tempat untuk dapatkan apa yang kita hajati setiap hajat yang di minta akan di kenakan bayaran tertentu ….

baru-baru ini kecoh pasal kate masuk masjid kat KLCC tuh dengan pakaian sebegitu walaupun dia kenakan selendang .. pada saya itu persoalannya … sedangkan kita ? sempurna kah kita? 

saya pernah tanya soalan pada rakan pembaca “bolehkah orang islam masuk ke dalam gereja dengan niat tidak mengikut upacara mereka” islam itu kan mudah sebenarnya cuma kadang-kadang apa yang telah di ajar kepada kita buatkan kita terus memberi jawapan pada benda yang kita rasa tak boleh… (jangan kata saya tak belajar agama)


Nota : tak salah kita belajar tenatang agama lain untuk tambahkan pengetahuan … habis tuh mereka yang mengkaji tentang agama tu nak kata mereka sesat kah?

One thought on “Burung Gagak Membawa Petanda Buruk

  1. azman

    Kenapa jauh sgt mmbebel pasal masjid la..apa la..cerita gagak ni..apa kesudahannya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.