Kalau Nak Sangat "buat"

By | 21/09/2012

Kawan : Kenapa perempuan melayu tu buang anak dia dari tingkat 3
Aku : (diam)
Kawan : perempuan melayu tu tak ada kawin lagi kan
Aku : (diam)
Kawan :  Bayi tu tak ada ayah kan
Aku : pergi sambung kerjalah …..

Itu perbualan dengan rakan sepejabat saya dari manila beragama kristian, soalan-soalan dia buatkan saya terdiam dan tak tahu jawapan macam mana yang harus saya berikan agar dia tidak berfikiran buruk terhadap perempuan melayu di malaysia ini….

ini cuma pandangan peribadi saya dan saya bukan menggalakkan sesiapa buat “benda” tuh lebih-lebih lagi pada remaja-remaja yang baru nak kenal dunia kehidupan. ini penting dan sangat penting agak mereka-mereka ini tidak bertinndak di luar kewarasan manusia normal.

sebenarnya ibu bapa mainkan peranan penting dalam perkembangan minda anak-anak mereka, jangan terkejut kalau ada anak-anak yang bertanya “ibu seks tuh apa” saya percaya pasti mak-mak akan terdiam dan berfikir sejenak apa jawapan yang terbaik yang patut di berikan… dan pastinya mak-mak pasti akan bagi jawapan “jangan buat benda tu… benda tuh kotor”

kenapa mak-mak selalu berikan fakta yang salah pada anak-anak sedangkan benda-benda sebegitu harus di berikan penjelasan yang sebenar agar anak-anak ini tidak salah faham akan apa yang di katakan.. lagi-lagi zaman teknologi semakin berkembang semuanya di hujung jari…

berbalik pada awalan penulisan saya, kehidupan remaja yang semakin mencabar pastinya mengundang banyak masalah sosial lagi-lagi masalah seks bebas dan pembuangan bayi..

gunakan k*****  atau pil perancang sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pekara-pekara yang tak sepatutnya berlaku …. jadinya angka pembuangan bayi tidaklah meningkat setiap tahun dan tak adalah pembuangan bayi di merata-rata tempat…

Ada sesetengah pihak yang membantah kewujudan pusat pembuangan bayi, sedarkah pusat pembuangan bayi itu merupakan langkah dari membiarkan bayi-bayi yang tidak berdosa di buang di merata tempat hingga ada yang mati …. dan bila tersiarnya berita “bayi di temui mati” ramai yang melontarkan kemarahan tapi dalam masa yang sama tahukan bahawa tindakan membantah kewujuda pusat pembuangan bayi adalah tindakan yang tak berapa nak bijak.

Berapa ramai ibu bapa yang pantau aktiviti anak-anak mereka di luar rumah?  rasanya tak ramai yang pantau aktiviti anak-anak mereka .. kalau pantau pun pasti akan ada yang terlepas pandang.. faktor pengaruh rakann-rakan juga harus di ambil kira…

Nota : sekadar pandangan yang bukan bermaksud mengajar sesiapa melakukannya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.