IFTAR Di Warisan Kasih Sungai Kelambu Banting

By | 13/08/2012


Terima kasih keada Team Denaihati kerana sudi menjemput saya ke majlis Iftar di Warisan Kasih yang terletak di Sungai Kelambu banting selangor pada 8 ogos 2012 yang lalu..


Turut serta di majlis tersebut Rakan Blogger, Media, E-Qurban dan DPIM dan tidak lupa juga warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tafiz yang di jemput sama pada majlis tersebut..



seperti yang di katakan oleh Haji Masrukhin Marzoki kepada kami pada Majlis tersebut “ada kalanya kita semua terlepas pandang kebajikan ibu bapa yang bukan sekadar mengharap anak-anak memeberi perlindungan tempat tinggal tetap kasih sayang dan perhatian juga di perlukann, namun alasan keduniaan sering menjadikan sesetengah anak lupa kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa menyebabkan ada yang berkecil hati dan mahu keluar dari rumah anak-anak untuk mencari sedikit ketenangan di hujung usia”


Di warisan Kasih hanya mempunyai 15 orang penghuni namun kebanyakkan mereka datang ke sini secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia di sini menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana lebih kondusif atau selesa.

Turut serta pada Majlis tersebut syarikat E-Qurban Resourses Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikan Al-Ansar yang semakin di kenali oleh rakyat Malaysia telah berperanan sebagai medium atau perantaraan kepada umat islam untuk melakukan ibadah qurban dan aqiqah terutama di kalangan saudara islam di kemboja.

mengikut perancangan, mereka sekali lagi akan membawa kumpulan media untuk menjelajah ke daerah dan perkampungan islam di sana sekaligus menyambut hari raya haji si sana. di samping menyaksikan sendiri bagaimana ibadah qurban dan agihan di lakukan di bawah seliaan Koperasi Muslim Kemboja. i di tubuhkan oleh Kumpulan Al-Ansar dalam usaha membantu rakyat memperbaiki sosio ekonomi dan mempertingkatkan pendapatan masyarakat khususnya di kalangan umat islam.


terima kasih atas jemputannya, semoga usaha mereka itu di berkati dan akan lebih ramai yang turut serta.. sejujuranya saya katakan majlis pada hari tersebut berakhir dengan sempurna walaupun perjalanan dari shah alam ke banting mengambil masa selama 1 jam.. semoga kita bertemu lagi pada majlis akan datang…


Nota : maaf andai penulisan ini tidak sempurna.. tak berapa nak reti menulis dalam format formal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.