Dari Personal Ke Informasi ?

By | 24/08/2012

Saya akui pada awal saya menulis ianya berkaitan dengan kehidupan saya dan semua yang ada di sekeliling saya.. masa berlalu terlalu pantas ini adalah tahun ke tiga saya menulis di blog ini dan banyak yang saya belajar..

siapa yang mengikut perkembangan blog ini dari awal tentu sedar banyak perubahan pada penulisan saya dan gaya penyampaian saya.. mungkin lebih baik atau sebaliknya hanya rakan pembaca saja yang tentukan.

sebagai seorang penulis kita kena berani menulis sesuatu yang bukan bidang kita tapi kena lah cari maklumat tentang apa yang mahu di tulis dan bukannya menulis dengan melulu.. jadi pembaca tak lah bosan membaca sesuatu yang sama ….

pada saya penulis blog personal yang paling bertuah kerana boleh menulis tentang apa saja yang mereka mahukan tanpa lari dari nichi blog mereka..

sekarang ini pun sudah belambak blog yang ada masing-masing dengan nichi masing-masing cuma satu jer tetapkan matlamat yang mahu di tuju… ramai yang ujudkan blog untuk mendapatkan pendapatan sampingan tapi dalam masa yang sama kena tahu cara yang betul…

jangan pilih jalan mudah hingga memijak susah payah orang lain untuk mencapai apa yang di mahukan.. tidak ada siapa yang bermula dari atas… tanya saja rakan-rakan blogger yang lain mereka juga lalui kesusahan sebelum berada di puncak..

rasanya 7 tips blogging yang saya pernah kongsikan mungkin dapat membantu rakan blogger yang masih baru lagi, tak salah menimba ilmu kalaupun kita sudah tahu tentang sesuatu benda.. seperti DENAIHATI kata ilmu tidak pernah akan habis dan tak akan habis walaupun sampai bila-bila.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.