Betul Ke Blogger Sekarang Terlalu Manja

By | 02/08/2012

Betul ke blogger baru sekarang ni terlalu manja?
secara jujurnya pada saya blogger-blogger baru memang terlalu manja apa yang mereka lakukan semuanya mengikut jalan pintas yang sedia ada.. hinggakan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan.

kenapa saya kata begitu?
kebanyakkan blogger baru lebh suka menggunakan jalan selamat, menggunakan apa yang telah sedia ada. tanpa rasa susahnya bermula dari bawah.

cuba tanya blogger-blogger lama senang tak untuk bermula sewaktu tiada toturial bagaimana mahu menggunakan platform blogspot. dan saya percaya jawapan yang mereka berikan adalah “sangat susah” saya sendiri bermula dari bawah sekitar tahun 2004 dengan platform blogdrive, dengan tiada toturial dan tiada siapa yang mahu membantu saya belajar bagaimana mahu jadikan apa yang saya nak sempurna di mata saya .. hingga saya mampu menjada pendapatan ratusan ringgit dengan hanya mengajar kawan-kawan bagaimana mahu mula membuat blog. tahun 2004 sebagai seorang pelajar bila mampu menjana pendapatan ratusan ringgit dah cukup mewah kan..

makin lama makin berkembang penggunaan blog hingga terlalu banyak blog baru yang ujud ketika ini. rata-rata yang saya tanya untuk apa buat blog.. jawapan yang saya terima adalah untuk buat duit.. memang dengan blog boleh menjana pendapatan tapi mestilah kena dengan gayanya.

untuk lakukan sesuatu perlu adanya matlamat paling penting usaha yang berterusan…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.