Sekitar Bukit Bintang

By | 04/06/2012

Malam minggu dekat bukit bintang memang akan penuh dengan manusia rupanya, macam mana lah bebudak nie boleh melepak dekat tempat yang begitu ramai orang..

Sebenarnya saya ke bukit bintang untuk berjumpa dengan kumpulan nuclear strike.. Lagu-lagu mereka sedang ke udara di radio ketika ini..

Sempat juga cuci mata sesambil borak-borak.. Kalau ada yang kata remaja sekarang nie terlalu terdedah dengan kejutan budaya memang tak salah pun kan..

Mak dengan ayah diorang ini tak marah ke anak perempuan mereka pakai pakaian yang tak cukup kain.. If saya ini tidak bertudung tapi saya segan nak pakai pakaian tak cukup kain.. Belum lepas keluar pintu rumah dah kena marah dengan mak saya..

Mungkin akan ada yang kata “biarlah itu hak mereka” macam mana kalau itu adik beradik korang tak kan nak biarkan kot kan..

Masih tak faham apa yang bestnya bukit bintang tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.