Jatuhkan Orang Lain Untuk Berjaya

By | 24/06/2012

Saya tidak mencipta nama dengan mengkhianati orang lan atau pijak orang lain untuk sampai ke atas.. tapi ada sesetengah pihak yang mendakwa saya ini seorang yang pendengki dan tak boleh tengok orang lain berada di atas..

bukan setakat itu saja ada sesetengah pihak menuduh saya menghasut orang lain untuk sertai saya.. setahu saya dan seingat saya tidak pulak saya lakukan begitu..

semua orang boleh tulis apa yang mereka suka macam tuh jugak dengan saya .. pada pihak-pihak yang buat tuduhan itu apa kata tunjukkan bukti kalau betul saya lakukan sebegitu …

sebenarnya saya masih boleh diam bila di khianati oleh pihak-pihak itu, dan baru-baru ini pihak-pihak itu menggunakan cara kotor dan mudah.. mereka menghantar seseorang untuk belajar dengan saya dan bila sudah pandai pihak-pihak ini ambil semula orang yang di hantar itu…

jadi solution nya saya putuskan hubungan dengan pihak-pihak ini dari saya sakit hati dan rasa nak balas apa yang mereka lakukan …

“kalau kamu ingat kamu akan berjaya dengan mengkhianati orang dan pijak orang lain untuk sampai ke atas itu adalah satu langkah yang kurang bijak kerana bila kamu jatuh kamu tak akan mampu bangun balik”

kawan-kawan saya kata saya boleh lalui semua ini dan boleh terima semua pengkhianatan dari mereka cuma lambat atau cepat saja …

dan sekarang ini saya jadi tak tahu yang mana satu kawan dan mana satu lawan.. maaf andai saya ada perasaan curiga pada kawan-kawan yang lain .. apa yang berlaku buatkan saya jadi lebih berhati-hati dalam semua yang saya lakukan …..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.