Simpan Salah Sendiri

By | 02/05/2012

Kisah malam isnin lepas masih menghantui saya walaupun tiada apa yang harus saya risaukan sebenarnya..

Kawan-kawan saya tanya macam mana saya masih boleh senyum bagaikan tiada apa yang berlaku sedangkan ketika itu yang ada di hadapan saya bekas kekasih lelaki yang ada di sebelah saya.

Untuk apa saya perlu marah sedangkan mereka bersama sebelum adanya saya dan mereka berdua tahu yang saya tidak merampas sesiapa dari sesiapa walaupun belum apa-apa saya sudah di maki.

Ada beberapa pekara yang buat saya gelisah dan boleh buat saya tidak dapat kawal marah saya…

Bazir masa jumpa orang macam ini sebenarnya yang lebih banyak bercakap dekat phone dari bercakap dengan orang yang ada di hadapanya..

saya senyum tapi ada orang lain yang boleh baca hati saya.. saya boleh senyum walaupun saya tak suka tanpa buat muka di hadapan sesiapa..

jika hubungan tu hanya bertahan suku jalan sahaja teruskan perjalanan. Tak perlu tolak salah sendiri pada orang lain atau orang yang ada di sekeliling kita..

Sejak saya dedahkan secara umum status hubungan saya, timeline saya di perhatikan oleh mereka-mereka yang anggap saya ini perampas. Bukan itu saja blog ini juga sentiada di intai untuk mendapatkan cerita tentang kami..

rimas jugak bila ada yang selalu perhatikan semua status yang saya update.. Kerana itu lah saya jarang update melainkan saya terlepas marah…

#entry serabut fikiran tengah serabut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.