Senyum Tak Bermakna Bahagia

By | 03/05/2012

Salam kasih sayang

kawan saya kata walaupun sudah ada phone canggih tetap juga mahu gunakan phone buruk untuk berhubung dengan rakan-rakan.

Memang saya lebih suka gunakan phone lama daripada phone baru, dah serasi dengan phone lama ini apa boleh buat.

Kawan saya tanya kenapa dari pagi saya senyum dan kelihatan gembira. Senyum tidak bermakna kita gembira atau bahagia mungkin kita mahu menutup kegusaran hati..

Boleh di katakan hampir setiap hari saya di terjah dengan macam-macam pekara yang adakala nya mengecewakan saya.. Bukan itu saja ada kalanya ada yang cuba rampas gembira saya..

Lewat malam semalam waktu itu saya dah mamai dan tak mampu nak buka mata tapi masih mengadap laptop berhubung dengan seseorang.. Berulang kali saya baca baris ayat itu untuk pastikan yang saya tidak tersalah baca.

“andai itu yang tertulis dan itu yang terbaik buat saya, saya akan terimanya seperti mana dia terima apa yang telah di tentukan buat dia”

itu bicara saya dalam hati, hanya sebaris doa yang dapat saya berikan namun saya tidak mahu terlalu berharap bukan kerana saya tidak yakin cuma andai saya jatuh saya masih boleh bangun untuk teruskan perjalanan saya…

Ada masanya dengan senyum jugak boleh tenangkan hati yang sedang marah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.