Digi Award Punya Hal

By | 03/05/2012

Salam kasih sayang

pagi yang indah kerana ada pelangi dan matahari dalam taman hati saya dan pandangan saya..

Lewat malam semalam borak-borak dengan seorang rakan blogger, sebenarnya jarang saya nak borak-borak dengan rakan blogger yang lain bukan sombong cuma saya ini agak segan sebenarnya.

Sebenarnya saya dah tarik diri dari pertandingan digi award tu, malas nak kempen dan kekurangan masa itu faktor utama saya tarik diri…

Masing-masing ada cara sendiri untuk berkempen tapi dalam masa yang sama kena ingat jugak orang lain yang ada di sekeliling kita suka atau tidak cara kita berkempen..

Jangan kata saya tak mahu tolong kawan-kawan hanya kerana saya juga berada dalam pertandingan yang sama. Itu salah sama sekali saya juga menyokong rakan-rakan blogger yang lain.

“hidup biar sedap” “hidup untuk memberi” besar maknya tu jadi fikirkan lah ye .. Pinjam tagline blog rakan blogger..

Dan tak nafikan ada juga yang tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan hanya kerana pertandingan ini…

“minta tolong vote bukan mintak pinjam duit” “rasa macm mintak sedekah je” saya memang tak pandai nak cover ayat walaupun saya boleh cover perasaan tidak suka..

Saya tak harap untuk menang tapi ini adalah platform untuk saya lebih di kenali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.