Baru Nak Tegur Ke?

By | 07/05/2012

“hilang kawan kerana award” itu entry di blog denaihati pada minggu lepas. “jangan laga-lagakan” itu entry yang di tulis oleh yanmieonline dan ini adalah entry versi saya yang tiada kena kena mengena dengan dua entry tersebut..

Ramai jugak yang inbox saya minta bantuan untuk undi mereka sempena digi award.. itu tidak mengapa kerana saya sentiasa support kawan-kawan .. Tapi saya sedikit kecewa bila ada di antara mereka ini yang sebelumnya langsung tak pernah bertegur sapa dengan saya.. tanya khabar pun diam tanpa jawapan..

“buat ape nak vote awak saya hanya kempen untuk sekian sekian” itu ayat buat saya rasa orang macam itu tidak patut berada dalam senarai saya. Bukan saya minta dia vote saya tapi minta tukar vote..

Manusia nie lain-lain hati mereka dan susah nak jangka.. Teringat balik peristiwa dulu masa mula-mula saya start blogging .. Saya suka baca entry sorang blogger nie dan memang saya ikut perkembangan blogger nie dan selalu jugak lah saya komen di blog dan timeline blogger nie tapi satu hari tu kawan baik dia kata “balik-balik orang yang sama komen dan semak dekat status orang” sejak tu saya dah baca entry blogger nie dan hanya baca status dia saja…

Jangan sebab award baru nak tegur kawan-kawan.. Jangan kerana award kita bermusuhan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.