Entry Pembunuh Perasaan

By | 09/03/2012

Salam kasih sayang

beberapa hari nieh ada rakan pembaca yang menegur cara penulisan saya
di blog, katanya entry saya bagaikan membunuh perasaan dan buat sesiapa
saya sentap walaupun saya tidak mantion nama..
serasa saya entry saya seperti biasa saja tiada perubahan pun
atau mungkin penulisan saya sedikit sinis dalam penyampaikan apa
yang tersurat dan tersirat dalam kotak fikiran saya..
mana mungkin saya menulis dengan gaya bahasa yang tidak menyenangkan
dengan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya.. mungkin dalam penulisan
adakalanya harus ada nada sinis untuk sampaikan rasa hati yang kian menjengkelkan..
ramai pula yang sangka saya berkerja sebagai penulis…
tahukah korang yang kerjaya saya bukan lah penulis tapi hanya kerja biasa-biasa saja
tapi kerana gilakan penulisan dan terlalu banyak membaca buatkan saya ada kalanya menggunakan
bahasa yang sukar untuk di fahami..
hanya satu cara saja untuk menjatuhkan seseorang tapi saya tak akan lakukannya sekali pun
saya berada dalam keadaan marah.. kerana itu akan memusnahkan saya juga kerana
melakukan sesuatu yang tidak baik pada orang lain
berbicara dengan seseorang seawal pagi buatkan saya rasa mahu terbalikan meja lappy
katanya pada saya, saya ini bagaikan kacang lupakan kulit dan bila sudah mampu berjalan 
sendiri lupa pada tempat berpaut…
ada maksud tersirat sebenarnya… tapi saya hanya mahu katakan satu saja dan saya tak kisah
kalau mahu mengerti atau pun tidak… saya tak akan pergi kalau tak ada sebab yang kukuh,¬†
selama nieh saya diam dan biarkan orang menyalahkan saya atas apa yang berlaku tapi bila
saya bersuara lain pula jadinya….
banyak lagi entry pembunuh perasaan yang akan saya tulis di sini cuma bergantung pada keadaan saja
kalau mood nak marah pasti ada entry pembunuh perasaan…


Posting Via Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.