Bukan Aku Belagak Tapi…. Maaf

By | 02/03/2012

Salam kasih sayang

semalam saya di hubungi oleh seseorang, seseorang yang jauh dari saya namun pernah berhubung
sebelum ini… namun saya yang jauhkan diri dari dia kerana rajuk di hati…
di terjah dengan soalan yang saya sendiri tak tahu bagaimana mahu menjawabnya..
mungkin juga saya harus berdiam diri agar tidak menyinggung perasaan sesiapa
tapi jika saya diam akan timbul pula soalan yang lain..
Kawan : dengar cerita dah berhujrah ke tempat baru
Saya : hehehehe cari pengalaman dekat tempat baru pulak
Kawan : dengar nya macam di beri kepercayaan di sana
Saya : mana ada …
Kawan : kalau tiada masakan mereka bercerita
Saya : tak salah menghargai kepercayaan yang di berikan
Kawan : pelik tiba-tiba berhijrah bukan kah sudah lama di sana
Saya : tak ada apa kalau selalu makan nasi pun bosan juga kan
Kawan : mesti ada sebab kalau tak masakan begini…
Saya : mana ada apa-apa lah
Kawan : balik saja semula ke sana dan abaikan apa orang nak kata…
Saya tak tahu dari mana kawan itu mendapat berita tentang itu, tapi apa yang boleh saya katakan
yang saya tak akan balik ke sana semula … saya lebih suka berkerja sama dengan mereka yang pentingkan
perbincangan bukannya hanya berpihak pada sebelah pihak saja.
saya gembira dengan keadaan sekarang… sangat-sangat gembira ….
saya bukan kacang lupakan kulit tapi keadaan yang memaksa saya untuk bertindak begitu…
terima kasih kerana sudi bertegur sapa dengan saya lagi ….
masa yang akan tentukan segalanya.. suatu masa nanti semua tuh pasti akan berubah dan
semuanya akan lenyap di makan masa….¬†
*guling-guling keseronokkan bersama big bos sejak menggunakan server baru 


Bila Cinta Mula Berkasih Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.