Kenyataan Balas Untuk Owner Gomo Fm

By | 19/02/2012

Baru terbaca kenyataan dari owner gomofm tentang pemecatan seorang dj mereka. isu tuh tak lah hangat mana sebenarnya sebab ramai kot yang tak tahu apa yang berlaku….

haruskah saya bagi “pujian” pada tindakan owner gomofm yang hanya mendengar cerita sebelah pihak? mungkin saya harus berikan “pujian” pada mereka yang hanya bertindak pilih kasih.

saya jadi tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya, kerana tiada hujung pangkal cerita pun, tiada angin tiada ribut hukuman di jatuhkan..

saya tidak marah andai itu keputusan mereka tapi saya sangat kecewa dengan tindakan mereka yang langsung tidak bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya.

rupanya waktu di perlukan semuanya nampak baik tapi bila sudah tidak di perlukan macam-macam cerita buruk yang keluar. saya masih boleh diam dan sabar bila di maki dan di lontarkan dengan kata-kata yang saya sendiri tidak pernah di gunakan.

biar simpan semua cerita buruk itu tak perlu nak jaja dan musnahkan apa yang di bina oleh mereka.. walaupun tindakan mereka buatkan ada sesetengah pihak yang tidak lagi percaya.

pada mereka saya nak kata andai pekara yang sama berlaku silalah buat pekara yang sama seperti yang telah di lakukan.. pada saya tiada ruginya meninggalkan semua itu cuba sila hentikan semua buruk dan tak perlu nak jaja cerita buruk pada semua orang.

terima kasih kerana lakukan begitu..


p/s : tiada kena mengena dengan orang yang setup tempat tuh yer 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.