Drama Sebabak

By | 29/02/2012
salam kasih sayang
terasa begitu lama tidak update blog, nasib tidak bersawang dan ada bangkai labah-labah
kalau tak satu hal nak bersihkan.. sudah lah empunya blog ini sedang kemalasan sehingga
semua mood sudah di campakkan ke laut.. boleh gitu..

malam semalam dapat bercakap dengan seseorang, seseorang yang beri ruang dan peluang
pada saya saat-saat saya mencari tapak untuk menapak meneruskan minat saya…
terasa lega sebaik saja selesai perbincangan. baru boleh atur jadual supaya tidak bertembung dengan
mana-mana waktu puncak….

pada saya menjaga lembu sekadang lagi senang dari menjaga seorang yang kononnya bijak pandai
tapi sedangkan hasilnya sangat mengecewakan.. macam seorang kenalan alam maya saya kata
” kita mengajar mereka dari zero hingga mereka dapat semua ilmu tapi dalam proses mengajar
kita akan jadi seorang yang bangang dan lekas panas hati tapi di situ menampakkan kesungguhan
untuk belajar”

sesebuah komuniti boleh runtuh bukan di sebabkan ahlinya tapi di sebabkan ketidak mampuan
pihak poengurusan mengurusakan orang bawahan mereka dengan baik.. saya sendiri pernah
berkerjasama dengan mereka yang langsung tidak mahu berbincang bagi menyelesaikan masalah..
saya masih boleh ikut rentak mereka dan abaikan semua masalah tuh tapi dalam masa yang sama
ada kesan di sebaliknya.. bila saya cuba selesaikannya dengan cara tersendiri saya pula di tuduh
seakan cuba merampak kuasa..

masa lunch tadi seperti biasa santai-santai dalam pejabat sambil menikmati kuih yang di beli
oleh kawan-kawan … kerana kawan pejabat mintak kebenaran keluar untuk pergi ke pejabat agama
terus bos dia bukak cerita pasal kawen..

dalam masa sehari berpuluh kes penceraian yang belaku di kalangan masyarakat melayu walaupun usia
perkhawinan mereka baru setahun jagung.. faktor penceraian kahwin di usia yang telalu muda dan masih
belum puas enjoy.. itu salah satu nya..

kawan : ada artis tak yang bercerai masa bos pergi sana
Bos : ada sorang artis masa dekat sana
Kawan : kenapa tak tangkap gambar nanti boleh masuk blog abang Nara
Saya : tak habis-habis dengan blog Abang Nara kan…

saya pun tak faham kenapa kawan saya tuh boleh duduk dari pagi sampai petang dekat blog
Abang Nara.. saya tak masuk sana tapi saya tahu blog Abang Nara tuh tulis pasal artis-artis dan ada
jugak artis yang masuk situ…

Kawan : kau tak nak buat blog macam Abang Nara tuh ker
Saya : Bahaya tulis cerita pasal artis nieh senang kena saman
Kawan : Abnag Nara tuh tak kena saman pun
Saya : bukan bidang saya untuk tulis tentang gosip artis nieh

malas layan mereka saya pergi pejabat kawan lain dekat belakang, memang saya selalu lepaking situ dan tido
dekat situ sebab situ jer yang tak banyak gangguan…

Kawan : macam mana td diorang boleh cakap pasal kawen
Saya : tak lah diorang nk pergi pejabat agama tuh yang terbukak cerita pasal kawen
Kawan : Macam tuh ker
Saya : kalau orang india kalau suami meninggal isteri akan kawen lain tak
Kawan : kebanyakkan nya mereka tak akan kawen lain
Saya : kalaupun mereka masih muda
Kawan : memang mereka tak akan kawen tapi kalau lelaki mereka akan kawen lah.

itu kisah untuk hari ini yang berlaku …. masuk kan semua cerita dalam satu entry sangat menjimatkan masa..
lama sudah tak tulis entry rojak macam nieh.. heheheheh …

ehhh nnati akan ada pengumuman pemenang contest handbag tungguuuuu ……


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.