Dunia Sebelah Zara Tahun Ke Tiga

By | 08/01/2012

salam kasih sayang buat semua
jalan-jalan dekat twitter terjumpa satu pautan tentang contest anjuran Zara Syed pemilik Dunia Sebelah Zara …


– Nmaia Cinta ->> Dunia Sebelah Zara 2011 –

Saya terjumpa blog Dunia Sebelah Zara pada awal tahun 2011 ketika itu saya mula aktif sepenuhnya dalam dunia blogging, pertama kali saya masuk ke Dunia Sebelah Zara buatkan saya mahu terus membaca apa yang dia tulis hingga saya puas.

penulisan dia buat saya mampu membayangkan keadaan yang dia lalui ( itu hanya gambaran saya ) ada jugak entry yang dia tulis buat saya senyum sorang-sorang walaupun itu entry serius..

waktu saya mula-mula jumpa dengan blog Dunia Sebelah Zara dia suka gunakan gambar seperti di atas dalam setiap entry yang di tulis .. sangat comel gambar-gambar yang dia gunakan hinggakan ada kalanya buatkan rasa saya rasa nak pinjam tapi tidak mahu di katakan meniru.

Dunia Sebelah Zara membunyai pengikut yang tersendiri dari pelbagai peringat usia dan latar belakang …

oleh kerana terlalu banyak membaca entry di blog beliau jadikan saya lebih kreatif untuk menulis dan lebih terbukan… bahasa yang di gunakan tidak pernah di gunakan oleh orang lain, dalam kamus tak pulak saya jumpa…

– Tentang Zara Syed –

seorang yang gemarkan buku, satu tabiat beliau sebelum membaca pasti akan mencium buku tersebut terlebih dahulu ( kalau salah maaf kerana ada terbaca di timeline )

Seorang yang sukakan Nescafe juga, malah beliau akan jadi tidak tentu arah jika tidak dapat nescafe

– Dari Namia Cinta untuk Dunia Sebelah Zara –

sempena tahun ke tiga blog Dunia Sebelah Zara saya doakan agar sentiasa lebih maju untuk masa akan datang dan terus kan berkarya walaupun adamasa nya di kritik … kritikan akan buat seseorang jadi lebih tabah untuk masa-masa yang akan datang..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.