Bila Dia Bukan Untuk Kita

By | 12/01/2012

Salam kasih sayang

“bila dia bukan untuk kita” entry asalnya di tulis oleh broframestone.. Tapi yang di tulis di sini versi saya dan pengalaman saya sendiri..

Memang terasa sakit untuk terima hakikat bahawa si dia bukan untuk kita, dan tika itu lah semuanya bagaikan tiada mentari..

Kisah setahun yang lepas buatkan saya berada dalam keadaan yang sukar di katakan dengan kata-kata. Cuba melawan semua perasaan yang ada..

Si dia berkata pada saya pada suatu malam “saya mahu jadikan awak yang istemewa dalam hati saya” tika itu hati kata mahu tapi bicaranya pula lain.

Bila si dia pergi tanpa pesan baru saya sedar yang sebenarnya jawapan yang harus saya berika pada tika itu adalah “mahu” bukan sebaliknya..

Sejak hari itu juga saya cuba teruskan hidup dengan menganggap pekara itu tidak pernah berlaku walaupun sebenarnya keadaan yang berlaku meruntunkan perasaan saya..

Saya marah pada diri sendiri, saya kesal dengan apa yang berlaku sehingga ke hari ini..

Ape pun saya masih berharap si dia akan jadi milik saya selagi dia masih lagi belum menjadi milik orang.

via email by phone 2630

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.