Apa yang Korang Dapat Sebarkan Keburukan Orang

By | 03/01/2012

Salam Kasih sayang
beberapa hari ni saya perhatikan ramai blogger yang update tentang isu hangat yang sedang di perkatakan baik di facebook mahupun di twitter.. malah feed saya sendiri penuh dengan isu tersebut..

begitulah sikap orang-orang kita yang suka sangat sebarkan keburukan orang lain tanpa siasat terlebih dahulu.. semua ikut sedap menulis bagi mendapatkan trafik yang luar biasa.

ada kalanya mereka yang tidak berapa pandai nie sebenarnya terlebih pandai kalau nak bandingkan dengan mereka yang sememangnya pandai. kalau menulis bab agama memang hebat tapi tahu tak korang islam tidak mengajar umatnya menyebarkan keburukan dan aib orang.

selagi keburukan dan aib orang yang di sebarkan itu terus tersebar tanggung lah dosa seumur hidup. dan kau perbuatan tersebut tidak di maafkan tambah lah dosa korang. korang kena ingat dosa dengan Allah boleh di ampunkan tapi dosa sesama manusia?

sudah-sudah lah tuh sebarkan keburukan orang..
nak dapatkan trafik murahan sekali pun cari lah isu lain.. atau korang nak makan duit haram dari penyebaran keburukan dan aib orang..

renung-renungkan lah …






Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.