Gambar Berharga RM3 Ribu

By | 02/12/2011

Salam kasih sayang
bukan otak tengah mereng tapi ada kaitan dengan apa yang saya mahu katakan dalam entry nie..

menjual gambar yang tidak sepatutnya dengan harga RM3K, tak percaya ker? tak percaya sila lah percaya. kejadian berlaku lebih kurang beberapa tahun yang lepas.

saya percaya ada jer manusia yang hilang akal menjual gambar sendiri yang tidak sepatutnya kerana kemewahan. atau kerana cinta yang tidak ke mana pun kesudahannya diri sendiri yang susah.

saya menjual gambar yang telah di edit dengan harga RM3K walaupun pada asalnya orang tersebut meminta gambar saya. saya masih waras masakan saya sanggup menjual gambar sendiri.

Bila pembeli sedar yang saya menipu sedangkan wang telah pun di berikan kemain lagi marah pembeli tersebut pada saya dan mengatakan yang bukan-bukan kepada saya.

tindakan saya mencampak kan semua wang yang di berikan di muka pembeli tersebut buatkan pembeli terdiam mungkin tidak menjangka akan tidakan saya ketika itu..

dan beberapa hari lepas saya terima satu email dari seseorang yang pernah saya kenal, dia bertanya pada saya apa yang boleh dia lakukan kerana di ugut oleh teman lelaki dia untuk menyebarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya…

apa yang boleh saya katakan buat saja laporan polis walaupun itu adalah kesalahan sendiri atas kecuaian sendiri kerana terlalu sayang dan percayakan teman lelaki..

bebalik kepada cerita asal saya..
sebenarnya gambar yang saya edit tuh saya ambil dari internet yang bersepah-sepah banyak nya..

sejak kejadian tersebut saya tidak lagi berhubung dengan orang tuh dan walaupun orang tuh ada kirimkan pesanan memohon maaf namun saya langsung tidak pedulikannya..

dari situ saya dapat menilai bagaimana sikap seseorang itu walaupun bukan semua yang bersikap keji seperti itu…


Pesanan saya pada semua pembaca hargailah diri sendiri walaupun sayang macam mana pun dengan pasangan korang JANGAN sesekali berikan apa yang tidak masuk akal dan kesudahannya akan memalukan diri sendiri….


p/s : gambar terpaksa di edit kerana tidak mahu di hentam oleh blogger yang membaca entry ini…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.