Masa Untuk Ucapkan Selamat Tinggal

By | 02/11/2011

Salam kasih sayang

sampai masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal pada beberapa pekara dalam kehidupan aku.. bukan aku mahu jadi seperti “kacang lupakan kulit” cuma banyak sebab kenapa aku harus ucapkan selamat tinggal..

aku nak ucapkan selamat tinggal pada dunia radio internet yang selama ini banyak buat aku sedar tentang beberpa pekara.. mungkin sepanjang aku bersiaran ada yang tersinggung dengan bicara aku.. mungkin ada yang tak suka aku bersiaran, mungkin jugak ada yang kata aku tidak sehebat mana…

itu aku akui yang aku tidak sehebat mana tapi peluang yang di berikan aku terima dengan baik dan belajar macam mana nak berkomunikasi dengan semua orang walaupun tidak pernah nampak wajah.. aku belajar banyak benda, aku terima semua teguran yang di berika.. malah aku sangat-sangat hargai peluang yang di berikan pada aku selama nieh.. terima kasih banyak kepada owner gomofm atas kepercayaan yang di berikan pada aku selama nie.

aku nak ucapkan selamat tinggal jugak pada dunia chatting yang banyak ajar aku erti persahabatan dan erti penghianatan juga.. mungkin aku harus pergi jauh, sejauh yang boleh agar keadaan akan jadi lebih baik.. bukan aku mahu melupakan kawan-kawan yang selama ini buat aku gembira tapi ada kalanya hati aku terasa sakit dengan pengkhianatan yang di balas di belakang aku…

aku undur diri bukan sebab aku mengaku kalah tapi aku tak mahu bergaduh atau berbalah.. mungkin ada sikap aku yang buatkan ada yang kata aku angkuh.. aku terima semua tuduhan tuh kerana orang yang betul-betul kenal aku tidak akan kata aku begitu.. kerana aku bukan orang yang macam tuh…

akhir sekali aku nak ucapkan selamat tinggal pada seseorang, doa aku agar dia bahagia hingga akhir hayat.. dia kawan yang terbaik pernah aku jumpa tapi sayangnya aku harus kehilangan dia.. namun dalam situasi yang lain aku mahu bersikap profesional dalam beberapa urusan antara aku dengan dia.. aku tahu macam mana pun aku elakkan diri aku tetap akan bertembung dengan dia di tempat yang sama.. biar apa pun yang jadi seperti janji aku pada kawan itu apa yang berlaku ianya tetap menjadi rahsia dan sejarah… aku cuma nak dia bina kebahagiaan yang sememangnya selama ini dia harapkan.. dia dah tunjuk kan aku jalan, dia dah berikan aku ruang, dia dah beri aku laluan jadi tinggal aku jer yang harus mengaturkannya bagaimana ianya akan di usahakan..


maaf kerana aku tak mampu jadi yang terbaik, kerana aku tahu apa yang aku mahukan.. aku masih belum jumpa apa yang aku cari..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.