Kenapa Buat Keputusan Drastik

By | 03/11/2011

Salam kasih sayang
berkenaan entry yang aku tulis pada jam 2 pagi, ada yang tanya kenapa aku buat keputusan drastik..

Sebenarnya keputusan yang aku buat tu bukan lah keputusan drastik, aku dah lama nak undurkan diri cuma ada beberapa pekara yang buatkan aku sabar..

Aku dah terlalu banyak bersabar, aku dah penat nak jaga hati orang yang tak tahu nak hargai aku.. Lagi pun aku tak dapat apa-apa malah bukan nya aku di bayar dengan apa yang dah aku lakukan.. Lagi pun aku tak mintak bayaran pun tapi cuba hargai apa yang aku lakukan..

Depan-depan nampak baik seoalah-olah tak ada apa yang berlaku.. Tapi belakang aku sesedap rasa je kutuk dan kata yang bukan-bukan pasal aku.. Jadi tak payah hipokrit kenapa tahan aku bila aku dah putuskan untuk pergi..

Kalau macam tu biar aku jadi orang yang tak ada perasaan, dan tak payah nak fikirkan perasaan orang lain.. Jangan nak kata aku kejam, tak payah tahu apa yang aku lakukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.