Kembali Sempurna

By | 03/11/2011

Salam kasih sayang

allhamdulilah semuanya kembali pulih seperti sedia kala setelah bertungkus lumus selama beberapa jam untuk betulkan semua link yang rosak dan tidak berfungi dengan baik.

satu masalah aku adalah untuk ingat balik bagaimana mahu setting semula sesetengah benda, namun atas bantuan kawan-kawan dan En.Google aku boleh tarik nafas lega walaupun ada beberapa bahagian yang masih lagi tidak berfungsi seperti yang aku mahukan.

Terpaksa mula dari bawah seperti mula-mula aku bukak blog, kena kerja lebih keras untuk pulihkan semuanya seperti yang di mahukan.

baru satu hari bertukar ke domain baru, perasaannya tetap sama tak ada apa yang berubah.. sebenarnya aku ambil masa yang lama untuk buat keputusan dalam masa yang sama mencari nama yang sesuai untuk blog nieh..

secara keseluruhannya tak ada yang berubah susun aturnya tetap sama cuma yang berubah ada templates yang aku gunakan begitu simple, ianya bertujuan untuk mencepatkan loading.. lagi pun rata-rata penguna internet dekat Malaysia gunakan broadband yang limitnya sangat terhad.. tidak mahu kbazirkan masa mereka untuk menunggu blog aku habis di loading dengan sempurna.. itu yang paling aku utamakan..

apa pun terima kasih pada yang banyak bantu aku..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.